Tuesday, January 15, 2019

Tusyen di Rumah Secara Berkumpulan Kawasan Kamunting, Perak

HOMETUITION BERKUMPULAN DI RUMAH PELAJAR


Fenomena hometuition sudah tidak asing lagi sebagai wadah membantu anak-anak di dalam akademik. tapi yuran hometuition biasanya mahal!

Ini 2 sebab ringkas mengapa yuran hometuition one-to-one lebih mahal daripada yuran kelas di pusat tuition biasa:

1) Tumpuan 100%

Guru atau tutor memberi perhatian 100% kepada murid. Kelas begini adalah eksklusif kerana pengajaran lebih berkesan dan guru dapat membantu memperbaiki kelemahan pelajar secara terus. Pelajar juga lebih faham dan mudah bertanya soalan.

2) Selesa dan selamat

Guru akan datang ke rumah pelajar pada slot yang ditetapkan. Pelajar dapat belajar dengan selesa di rumah sendiri. Mereka tidak perlu keluar rumah untuk ke kelas tuisyen, keselamatan mereka terjamin dan ibubapa tidak perlu risau sekiranya mereka ponteng atau bergaul dengan rakan yang tidak baik.

Model hometuition memang bagus!

Tapi.

Tak semua ibubapa mampu mengupah hometutor untuk mengajar anak mereka secara persendirian dengan yuran yang memang mahal ni!

Bagaimana jika saya kata, ibubapa ada peluang ini untuk mendapatkan hometuition dengan kadar yuran yang tetap berpatutan?

Ini suatu berita baik!

Bagaimana caranya?
=
=
=

Saya kenalkan HOMETUITION BERKUMPULAN 🤗


Hometuition berkumpulan ialah kelas tuisyen di rumah yang dibuat secara kumpulan kecil iaitu melibatkan 2 ke 4 pelajar sahaja dalam sesuatu sesi kelas.

Hometuition ini masih dilakukan di rumah, iaitu di salah sebuah rumah pelajar. Mereka masih akan selesa belajar dan pengajaran masih akan berkesan. 

Saya beritahu anda sebabnya!

Jawapannya ialah kerana guru masih boleh memberi perhatian penuh kepada setiap pelajar dalam kumpulan kecil ini.

✔️ Guru boleh mengawal dan memperbaiki kelemahan kumpulan kecil ini.

✔️ Guru dapat membimbing kumpulan pelajar ini secara terus.

✔️ Pelajar boleh menguasai pelajaran dengan baik dengan merujuk gyru secara terus.

✔️ Pelajar berasa seronok belajar kerana belajar bersama rakan-rakan mereka.

✔️ Pelajar lebih berdaya saing kerana terinspirasi dengan rakan mereka yang lebih bijak.

✔️ Ibubapa dapat mengurangkan bajet untuk yuran hometuition tetapi mendapat kelebihan untuk tusyen yang selesa untuk anak.

✔️ Walaupun anak-anak keluar rumah, ibubapa tidak risau kerana tahu tujuan anak ke rumah rakan untuk slot hometuition berkumpulan.

✔️ Ibubapa dapat mengetahui perkembangan pelajaran anak dengan cara berhubung terus dengan tutor.
=

Berapa kadar yuran HOMETUITION BERKUMPULAN ini?


Berikut ialah jadual yuran hometution yang saya kenakan.

Peringkat SPM


1 orang: RM210 (one-to-one)
2 orang: RM120 seorang
3 orang: RM100 seorang
4 orang: RM80 seorang

Peringkat PT3

1 orang: RM180 (one-to-one)
2 orang: RM110 seorang
3 orang: RM90 seorang
4 orang: RM70 seorang

Peringkat PPSR 

1 orang: RM150 (one-to-one)
2 orang: RM90 seorang
3 orang: RM70 seorang
4 orang: RM50 seorang


Subjek yang saya tawarkan ialah seperti berikut:

☑️ Matematik (Darjah 4-6)
☑️ Matematik (Tingkatan 1-3)
☑️ Sains (Tingkatan 1-3)
☑️ Matematik Moden (Tingkatan 4-5)
☑️ Matematik Tambahan (Tingkatan 4-5)
☑️ Fizik (Tingkatan 4-5)
☑️ Kimia (Tingkatan 4-5)
☑️ Biologi (Tingkatan 4-5)
☑️ Sains (Tingkatan 4-5)


Pendaftaran HOMETUITION BERKUMPULAN untuk sesi 2019 kini dibuka!


Daftarlah sekarang 👌

Klik gambar untuk membaca profil saya

Hubungi saya, Cikgu Zaleha di talian 019-572 8429 secara call, sms atau WhatsApp untuk menempah slot tusyen anak anda bersama rakan-rakan mereka.

Hubungi saya!

Klik Gambar Untuk WhatsApp Cikgu Zaleha

Slot tusyen berkumpulan di rumah untuk sesi 2019 adalah terhad. Sila booking segera sekiranya berminat, terima kasih.

Friday, December 28, 2018

Home Tuition Taiping, Kamunting dan Bagan Serai


Adakah anda takut prestasi pelajaran anak anda yang bakal menduduki SPM pada 2019 atau 2020 nanti tidak memuaskan hati?

Atau anda adalah pelajar yang memerlukan guru persendirian sebagai pemudahcara anda belajar?



Kenalkan, saya Cikgu Zaleha. Saya merupakan private tutor yang berpengalaman hampir 5 tahun di sekitar Kamunting, Taiping dan Bagan Serai.

Saya ingin tawarkan satu penyelesaian kepada masalah anda di atas.


Perkenalkan..

TUTOR PERSENDIRIAN DI RUMAH PELAJAR

Saya menawarkan kelas tutor atau tuisyen untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 bagi sesi 2019 dalam subjek berikut:

Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi

Belajarlah secara eksklusif dengan bimbingan tutor hanya dari rumah!


3 SEBAB UTAMA

Mengapa anda perlukan tutor persendirian jika akademik tidak memuaskan?

1. SPM masih menggunapakai sistem peperiksaan

SPM tidak seperti PPSR dan PT3 yang kini menggunakan  model pentaksiran. Untuk SPM, pelajar perlu menguasai pelajaran dengan baik supaya boleh cemerlang dalam peperiksaan.

2. Pra-syarat melanjutkan pelajaran

Bagi pelajar yang mahu memasuki aliran Sains, 5 subjek utama ini sangat perlu diberi perhatian. Sekiranya tidak cemerlang, kemungkinan besar anda tidak dapat mengejar cita-cita anda dalam bidang yang diminati.

3. Usah Mengulang SPM

Sepanjang saya terlibat dalam dunia hometuition, saya telah berjumpa dengan pelajar-pelajar dewasa yang kembali mengambil SPM Ulangan kerana beberapa sebab seperti tujuan meminta kerja atau membaiki gred sebagai syarat memasuki bidang pilihan di Universiti. Jangan lakukan ini jika boleh! - anda akan membazir duit dan masa anda yang bernilai di kemudian hari.


APA BEZA HOME TUITION DENGAN BELAJAR DI PUSAT TUISYEN?

Keistimewaan dan Kelebihan tusyen secara One-to-One Tutor ialah,

1. Pelajar belajar dalam keselesaan sendiri

Tempat tutor ialah di rumah pelajar sendiri. Pelajar boleh bertanya kepada tutor dengan selesa, tiada gangguan, lebih fokus dan pembelajaran menjadi berkesan.

2. Bimbingan Peribadi

Bukan setakat dalam sesi tutor sahaja pelajar akan mendapat tumpuan penuh tutor, tapi pelajar turut dibimbing sepanjang bulan tutor.

Pelajar boleh menghubungi tutor secara online pada bila-bipa masa untuk tujuan bantuan akademik. Ini adalah pakej dan hometuition saya.

3. Selamat, jimat masa dan tenaga

Ibubapa tidak perlu menghantar pelajar ke pusat tusyen atau rumah guru sebaliknya saya yang akan datang mengajar di rumah pelajar.

Pelajar juga tidak perlu keluar rumah sendiri untuk ke tusyen, bermakna keselamatan mereka akan terjamin.

Masa dan minyak petrol ibubapa dapat dijimatkan. Aktiviti pelajar pula dapat dikawal dengan baik.


BAGAIMANA SAYA AKAN MENGAJAR?

Biasanya saya menggunakan kaedah penerangan nota kepada pelajar menggunakan rujukan buku atau bantuan slide show dari Microsoft PowerPoint.

Buku latihan yang bersesuaian dari kedai buku akan diberi kepada pelajar dengan percuma.


SUBJEK YANG DITAWARKAN

Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi


JADUAL TUISYEN

Jadual bersifat fleksibel iaitu:

Mengikut masa pelajar (jika bersesuaian dengan jadual tutor yang masih kosong)

atau

Saya akan memberi cadangan masa.


YURAN HOMETUITION

Pakej yuran ialah:

Pakej 1

1 jam 30 minit setiap minggu = 4x sebulan = RM240

atau

Pakej 2

1 jam 30 minit setiap sesi 2x seminggu - 8x sebulan = RM450

atau

Pakej 3

2 jam setiap minggu - 4x sebulan = RM320

atau

Pakej 4

2 jam setiap sesi 2x seminggu - 8x sebulan = RM600


JAMINAN SAYA!

Saya memahami faktor keserasian antara pelajar dan tutor adalah penting dalam mode hometuition.

Oleh itu, sekiranya selepas menggunakan servis saya sebagai tutor tidak memuaskan anda, anda boleh menghentikan khidmat saya dengan memberitahu awal sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal.

Untuk jaminan melihat peningkatan akademik dan kefahaman pelajar pula, sila beri saya masa sekurang-kurangnya 3 bulan. Ini kerana kefahaman setiap pelajar tidak sama dan akan mengambil masa untuk ibubapa melihat pembaikan akademik mereka.

Sekiranya selepas tempoh 3 bulan tahap penguasaan pelajar terhadap pelajaran masih tiada perubahan baik, ibubapa boleh menghentikan servis tusyen saya dan saya menerima dengan hati terbuka.


PROFIL SAYA


Saya adalah hometutor sepenuh masa yang berpengalaman dan telah berkhidmat dari Julai 2014 sehingga kini.

Saya merupakan lulusan UTM Skudai, Johor dalam bidang Kejuruteraan Kimia (Asli) pada tahun 2010 dan berjaya graduasi dengan kepujian Kelas Kedua iaitu pointer 3.67 dan ke atas

Selepas graduasi, saya ada melanjutkan pelajaran dan memiliki sijil dalam Profesional Diploma in Internet Business di OUM pada 2015.

Berikut ialah latar belakang akademik saya semasa di sekolah:

UPSR 4A 1B - SK Kg Selamat, Semanggol (2000)

PMR 7A 1B - SMK Seri Perak, Parit Buntar (2003)

SPM 8A1 1A2 - MRSM Balik Pulau (2005)

Adakah anda atau anak anda memerlukan khidmat saya sebagai tutor peribadi?

Hubungi saya untuk tempah slot 2019 anda!

www.wasap.my/60195728429
Klik Gambar Untuk WhatsApp Saya



HUBUNGI SAYA SEKARANG

Ibubapa atau pelajar boleh menghubungi saya dengan cara  membuat panggilan, sms atau WhatsApp ke 019-5728429.

Sebarang perbincangan lanjut boleh dibuat sekiranya berminat.

Slot tutor saya adalah terhad. Hubungilah saya dengan kadar segera sebelum saya menutup pendaftaran bagi sesi 2019.

Klik Gambar Untuk WhatsApp Saya

Thursday, August 30, 2018

Kelebihan Home Tuition Berbanding Tuition Lain? 3 Sebab IbuBapa Perlu Tahu


Sewaktu cikgu baru mengenali dunia hometuition lebih kurang 4 tahun yang lepas, sebanrnya cikgu juga rasa kurang yakin dengan profesion ini. Rasa macam tiada atau kurang permintaan. Tapi semakin lama cikgu di dalam bidang ini, cikgu semakin sedar yang home tuition mempunyai keunikan tertentu yang membuatkan ia akan mendapat permintaan tersendiri. Nak tahu apa kelebihan home tuition berbanding tuition lain?

Sengaja cikgu kongsikan di sini supaya boleh menjadi panduan kepada ibubapa dan pelajar yang masih berkira-kira sama ada mahu mendapatkan khidmat home tuition atau tidak. Semoga kelebihan hometuition yang saya huraikan ini dapat membantu ya :)

Kelebihan Home Tuition

Saya bersama pelajar-pelajar sempena persediaan SPM tahun lepas..

1. Belajar Dalam Keselesaan Sendiri


Nama pun home tuition, jadi biasanya tuition atau kelas akan diadakan di rumah pelajar sendiri. Memang ada kejadian di mana kelas dibuat di rumah guru, tapi di sini saya mengajak anda untuk fokus kepada model home tuition yang guru datang kepada pelajar ya.

Apabila belajar di rumah sendiri, pelajar menjadi selesa. Mereka tidak segan dengan guru. Mereka juga tidak perlu keluar ke mana-mana. Sementara menunggu guru datang, mereka boleh menggunakan masa terluang dengan mengulangkaji pelajaran-pelajaran lepas. Ibu bapa juga tidak perlu risau untuk menghantar anak ke pusat tuisyen, apatahlagi soal keselamatan mereka di  luar rumah.

Ibu bapa dan pelajar mendapat kelebihan yang berbaloi bukan?

2. Mudah Bertanya Apabila Tidak Faham


Sepanjang pengalaman saya, ada 2 jenis home tution yang saya praktikkan iaitu, tusyen secara perseorangan (one to one) atau dalam kumpulan kecil 2 ke 4 orang. Kumpulan belajar ini sangat eksklusif kerana tidak ramai dan guru boleh memberi perhatian kepada semua pelajarnya.

Dari sudut pelajar, mereka boleh bertanya guru dengan mudah. Pelajar pemalu sekalipun boleh memanfaatkan keadaan ini kerana biasanya home tutor yang terlatih amat bijak untuk menarik pelajarnya aktif bertanya dan belajar semasa sesi.

3. Komitmen Home Tutor Yang Sepenuhnya


Satu keistimewaan yang penting apabila mengambil khidmat home tutor, ibubapa perlu mengetahui ini – home tutor berkomitmen penuh terhadap anak anda untuk memastikan mereka skor dalam subjek mereka.

Hal ini tak sama dengan belajar di pusat tusyen. Guru hanya menjalankan kelas dengan pelajaran mengikut sukatan mereka. Jarang sekali guru akan menumpu kepada setiap pelajar oleh kerana bilangan mereka yang ramai.

Situasi sebaliknya berlaku dalam home tuition. Guru hanya menghadap seorang pelajar. Ini memberi ruang untuk guru tersebut meneliti segala kelemahan pelajar dalam subjeknya. Home tutor yang berpengalaman akan membantu dari sudut kelemahan pelajar terlebih dahulu, sukatan pembelajaran akan jatuh nombor 2 selagi belum ada keperluan seperti sudah dekat exam dan sebagainya.

Jadi, ibubapa tentu faham kan mengapa yuran home tuition adalah mahal kan ;)

Selain factor wang petrol dan masa yang dikorbankan oleh home tutor untuk datang ke rumah anda, mereka juga ada tanggungjawab besar untuk memastikan selemah mana anak anda dalam akademik, hujungnya nanti mereka boleh skor yang terbaik dalam pelajaran mereka.

Kesimpulan


Rasanya cukup 3 kelebihan home tuition untuk saya ceritakan kali ini. Diharap bermanfaat kepada anda.

Satu nasihat saya, tidak semua home tutor adalah berpengalaman dan pandai  menangani kelemahan pelajarnya. Suatu tugasan yang sedikit berat untuk ibubapa mungkin ialah untuk mencari home tutor yang sesuai dan memang pakar di dalam subjek yang diajarnya. Jadi, bagaimana caranya?

Antara cara yang boleh ibubapa lakukan ialah berilah tempoh kepada home tutor yang anda upah sekurang-kurangnya 2 bulan. Dalam tempoh tersebut, bolehlah tanyakan kepada anak sama ada mereka faham apa yang diajar guru dan selesa belajar dengannya. Keserasian antara guru dan pelajar adalah antara criteria yang penting juga untuk dinilai supaya anak anda sentiasa selesa belajar. Jika memang home tutor tersebut tidak menepati penilaian anda atau Nampak tidak sangat membantu anak anda, bolehlah untuk menghentikan khidmatnya. insyaAllah, no hurt feeling di sini memandangkan ibubapa sudah berbincang awal dengan home tutor tadi ;)

Thursday, April 26, 2018

Prinsip Archimedes | Berkayuh Itik di Taman Tasik Taiping


Beberapa hari lepas, cikgu berkesempatan untuk berkayuh itik di Taman Tasik Taiping. Siapa yang pernah berkayuh itik tu mesti dapat bayangkan yang kita perlu mengayuh pedal untuk menggerakkan itik, betul kan?



Tetapi kali ini, cikgu nak ceritakan bagaimana itik tu boleh terapung di permukaan air? Dan menampung berat kami berdua ni?

Yes, kali ini nak menyentuh sedikit tentang suatu prinsip fizik yang dipanggil prinsip Archimedes. Bunyi macam familiar tak? Ya, ia ada dalam Bab 3 Tingkatan 4 bertajuk Daya dan Tekanan.

Thursday, March 9, 2017

Format UPSR Terkini (mulai 2016)

Cikgu Jaja nak kongsikan format UPSR buat adik-adik. Semoga adik-adik dan ibubapa lebih jelas tentang formatnya dan dapat menguasai setiap aspek soalan ya ;)




Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta, Kalau tak kenal format peperiksaan pula, macam mana yer nak skor? Kan?

Sunday, January 29, 2017

Kaitan Peredaran Darah dan Sistem Limfa

Sistem Peredaran Darah Manusia Ganda Dua
Dahulu waktu di Tingkatan 3, adik-adik ada belajar tentang Sistem Peredaran Darah dan Pengangkutan. Waktu itu, sukatan pelajaran tidak menyentuh langsung tentang sistem Limfa, betul tak? Dalam Biologi tingkatan 5 barulah adik-adik didedahkan dengan Sistem Limfa sebagai salah satu sistem yang turut berkait dengan sistem peredaran darah juga.

Untuk sistem peredaran darah, sudah jelas yang ia terdiri daripada beberapa organ iaitu jantung, salur darah dan darah.
3 Jenis Salur Darah
Salur darah ada 3 iaitu arteri, vena dan kapilari.

Darah pula ada 4 komponen iaitu sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma.

Jantung akan mengepam darah dari bahagian kanan jantung ke peparu untuk mendapatkan bekalan oksigen (melalui Sistem Respirasi, menarik dan menghembus nafas) dan menyingkirkan karbon dioksida. Kemudian, darah yang kaya oksigen ini (beroksigen) di bawa semula balik ke jantung sebelah kiri. dipam pula ke seluruh anggota badan bagi memenuhi pelbagai keperluan sel seperti oksigen, nutrien, hormon, antibodi dan lain-lain melalui aorta dan bersambung pula dengan arteri lainnya yang pelbagai nama. Bahan-bahan keperluan sel akan keluar dari kapilari darah ke dalam cecair interstis iaitu cecair yang terdapat antara sel badan dan kapilari darah. daripada cecair interstis, barulah bahan-bahan ini menyerap ke dalam sel-sel badan. Bahan kumuh daripada sel pula seperti urea dan karbon dioksida dipindahkan ke dalam kapilai darah melalui cecair interstis.

Semasa proses pertukaran bahan keperluan sel dan bahan kumuh ini, plasma dalam salur kapilari akan keluar merentasi dinding kapilari. Platlet, sel darah merah dan sel darah putih pula tidak dapat merentasi dinding kapilari. Plasma membawa nutrien, vitamin, mineral, antibodi dan enzim. Plasma keluar dan memenuhi ruang di antara sel dan kapilari. Pada tahap ini, ia dinamakan cecair interstis. Selepas pertukaran bahan, cecair ini akan masuk semula ke dalam kapilari yang berdekatan dengan salur vena. Penyerapan semula ini penting supaya darah dapat mengalir dengan normal kerana plasma adalah cecair yang menggerakkan aliran darah dalam salurnya. Namun, tidak semua cecair dapat diserap semula ke dalam kapilari.

Kedudukan Salur Limfa
Bagaimana dengan saki-baki cecair plasma yang tidak diserap ini? Jadi, di sinilah Sistem Limfa mengambil peranan. Jaringan salur limfa terdapat banyak di dalam badan kita seperti salur darah juga. Saki-baki cecair plasma akan masuk ke dalam penghujung salur limfa yang tertutup terdapat banyak di bahagian antara sel. Kemudian cecair tersebut dikumpulkan, ia melalui nodus limfa untuk menyingkirkan bakteria jika ada dan berakhir di vena toraks dan vena subklavikel kanan untuk masuk semula ke dalam saluran darah.

Sudahkah adik-adik jelas? ;)

Wednesday, January 18, 2017

Congak: Menambah dan Menolak Integer

Cikgu selalu perhatikan ramai pelajar kita yang teragak-agak bila bertemu soalan yang melibatkan integer (nombor positif dan negatif). Dalam banyak keadaan, lebih mudah menggunakan kalkulator saja bukan. Tapi apa yang Cikgu hendak kongsikan kali ini ialah menyelesaikan operasi tambah dan tolak integer tanpa kalkulator, bahasa mudahnya congak.

Perhatikan beberapa contoh soalan ini:
1) -6 + (+8) =
2) -2 + 6 =

Baiklah, jom bermula ya. Jika kita jumpa soalan 1 dan 2 seperti di atas, perhatikan ia melibatkan satu nombor positif dan satu nombor negatif. Dalam soalan 1, -6 ialah nombor negative manakala +8 ialah nombor positif. Bagi nombor 2, -2 ialah nombor negatif manakala 6 ialah nombor positif.

Cara congak melibatkan integer +/-
Langkah-langkah:
  1.      Selesaikan sebarang pertemuan operasi
  2.      Digit yang besar tolakkan dengan digit kecil. Congak semasa langkah ini
  3.      Jawapan akhir diletakkan simbol + atau – di depannya mengikut simbol pada digit yang besar tadi.
Penyelesaian Soalan 1Langkah 1: -6 + (+8) menjadi -6 + 8
Langkah 2: 8 – 6 = 2
Langkah 3: Jawapan ialah +2 (sombol mengikut digit yang besar iaitu 8)
Penyelesaian Soalan 2Langkah 1: -2 + 6
Langkah 2: 6 – 2 = 4
Langkah 3: +4

Sekarang perhatikan pula jika kita berjumpa soalan seperti ini:
3) -1 + (-3)
4) +3 - (-8)

Apabila kita menyelesaikan pertemuan operasi, soalan 3 dan 4 menjadi seperti berikut:
3) -1 – 3
4) +3 + 8

Dalam kes ini, kedua-dua nombor mempunyai simbol yang sama. Contohnya dalam soalan 3, kedua-dua digit 1 dan 3 ialah integer negatif dan dalam soalan 4, 3 dan 8 kedua-duanya ialah integer positif.

Cara congak melibatkan -/- dan +/+

Langkah-langkah:
  1.         Tambahkan kedua-dua digit
  2.         Jawapan akhir diletakkan simbol + atau – di depannya mengikut simbol kedua-dua digit dari soalan
Penyelesaian Soalan 3
                -1 3 =
Langkah 1: 1 + 3 = 4
Langkah 2: -4
Penyelesaian Soalan 4                +3 + 8 =
Langkah 1: 3 + 8 = 11
Langkah 2: +11


Adik-adik cuba praktikkan 2 kaedah ini ya. Penggunaan kalkulator memang bagus tetapi boleh melambatkan pengiraan adik-adik. Kemahiran congak amat baik supaya adik-adik lebih cekap mengira. Diharap perkongsian Cikgu kali ini bermanfaat hendaknya ;)