Thursday, August 30, 2018

Kelebihan Home Tuition Berbanding Tuition Lain? 3 Sebab IbuBapa Perlu Tahu


Sewaktu cikgu baru mengenali dunia hometuition lebih kurang 4 tahun yang lepas, sebanrnya cikgu juga rasa kurang yakin dengan profesion ini. Rasa macam tiada atau kurang permintaan. Tapi semakin lama cikgu di dalam bidang ini, cikgu semakin sedar yang home tuition mempunyai keunikan tertentu yang membuatkan ia akan mendapat permintaan tersendiri. Nak tahu apa kelebihan home tuition berbanding tuition lain?

Sengaja cikgu kongsikan di sini supaya boleh menjadi panduan kepada ibubapa dan pelajar yang masih berkira-kira sama ada mahu mendapatkan khidmat home tuition atau tidak. Semoga kelebihan hometuition yang saya huraikan ini dapat membantu ya :)

Kelebihan Home Tuition

Saya bersama pelajar-pelajar sempena persediaan SPM tahun lepas..

1. Belajar Dalam Keselesaan Sendiri


Nama pun home tuition, jadi biasanya tuition atau kelas akan diadakan di rumah pelajar sendiri. Memang ada kejadian di mana kelas dibuat di rumah guru, tapi di sini saya mengajak anda untuk fokus kepada model home tuition yang guru datang kepada pelajar ya.

Apabila belajar di rumah sendiri, pelajar menjadi selesa. Mereka tidak segan dengan guru. Mereka juga tidak perlu keluar ke mana-mana. Sementara menunggu guru datang, mereka boleh menggunakan masa terluang dengan mengulangkaji pelajaran-pelajaran lepas. Ibu bapa juga tidak perlu risau untuk menghantar anak ke pusat tuisyen, apatahlagi soal keselamatan mereka di  luar rumah.

Ibu bapa dan pelajar mendapat kelebihan yang berbaloi bukan?

2. Mudah Bertanya Apabila Tidak Faham


Sepanjang pengalaman saya, ada 2 jenis home tution yang saya praktikkan iaitu, tusyen secara perseorangan (one to one) atau dalam kumpulan kecil 2 ke 4 orang. Kumpulan belajar ini sangat eksklusif kerana tidak ramai dan guru boleh memberi perhatian kepada semua pelajarnya.

Dari sudut pelajar, mereka boleh bertanya guru dengan mudah. Pelajar pemalu sekalipun boleh memanfaatkan keadaan ini kerana biasanya home tutor yang terlatih amat bijak untuk menarik pelajarnya aktif bertanya dan belajar semasa sesi.

3. Komitmen Home Tutor Yang Sepenuhnya


Satu keistimewaan yang penting apabila mengambil khidmat home tutor, ibubapa perlu mengetahui ini – home tutor berkomitmen penuh terhadap anak anda untuk memastikan mereka skor dalam subjek mereka.

Hal ini tak sama dengan belajar di pusat tusyen. Guru hanya menjalankan kelas dengan pelajaran mengikut sukatan mereka. Jarang sekali guru akan menumpu kepada setiap pelajar oleh kerana bilangan mereka yang ramai.

Situasi sebaliknya berlaku dalam home tuition. Guru hanya menghadap seorang pelajar. Ini memberi ruang untuk guru tersebut meneliti segala kelemahan pelajar dalam subjeknya. Home tutor yang berpengalaman akan membantu dari sudut kelemahan pelajar terlebih dahulu, sukatan pembelajaran akan jatuh nombor 2 selagi belum ada keperluan seperti sudah dekat exam dan sebagainya.

Jadi, ibubapa tentu faham kan mengapa yuran home tuition adalah mahal kan ;)

Selain factor wang petrol dan masa yang dikorbankan oleh home tutor untuk datang ke rumah anda, mereka juga ada tanggungjawab besar untuk memastikan selemah mana anak anda dalam akademik, hujungnya nanti mereka boleh skor yang terbaik dalam pelajaran mereka.

Kesimpulan


Rasanya cukup 3 kelebihan home tuition untuk saya ceritakan kali ini. Diharap bermanfaat kepada anda.

Satu nasihat saya, tidak semua home tutor adalah berpengalaman dan pandai  menangani kelemahan pelajarnya. Suatu tugasan yang sedikit berat untuk ibubapa mungkin ialah untuk mencari home tutor yang sesuai dan memang pakar di dalam subjek yang diajarnya. Jadi, bagaimana caranya?

Antara cara yang boleh ibubapa lakukan ialah berilah tempoh kepada home tutor yang anda upah sekurang-kurangnya 2 bulan. Dalam tempoh tersebut, bolehlah tanyakan kepada anak sama ada mereka faham apa yang diajar guru dan selesa belajar dengannya. Keserasian antara guru dan pelajar adalah antara criteria yang penting juga untuk dinilai supaya anak anda sentiasa selesa belajar. Jika memang home tutor tersebut tidak menepati penilaian anda atau Nampak tidak sangat membantu anak anda, bolehlah untuk menghentikan khidmatnya. insyaAllah, no hurt feeling di sini memandangkan ibubapa sudah berbincang awal dengan home tutor tadi ;)

No comments:

Post a Comment