Sunday, September 15, 2019

Tips Menjawab Kimia SPM | Kertas 2 Esei Bahagian B dan C


Baru-baru ini, keputusan Percubaan Kimia beberapa pelajar Cikgu sudah keluar. Ada gred yang meningkat, tapi ada juga yang menurun. Bila Cikgu kaji semula kertas mereka, rupa-rupanya kekurangan ialah pada Kertas 2 Bahagian B dan C iaitu Esei.

Eh susah ya nak skor Bahagian ini?

Ada yang dapat 4/20, ada pula yang dapat 3/20. Aduh, susah nampaknya tu.
Oleh itu, kali ini Cikgu rasa nak berkongsi sedikit tips untuk skor Bahagian ini.

Format Kertas 2 Kimia SPM


Kertas 2 Kimia membawa sejumlah 100 markah. Ada 3 bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. 

Bahagian A berupa soalan struktur manakala bahagian B dan C perlu jawab 1 daripada 2 soalan esei pilihan masing-masing. Soalan esei semestinya memerlukan jawapan yang lebih panjang dan tepat kena dengan tema soalan tersebut.

  • Bahagian A: 60 markah (6 soalan)
  • Bahagian B: 20 markah (1 soalan)
  • Bahagian C: 20 markah (1 soalan)


Tips Menjawab Kimia Kertas 2 Esei



Pertama sekali, adik-adik perlu memilih soalan dahulu. Di sini, pemilihan soalan pun ada trik juga.
Katakan Bahagian B keluar 2 soalan, 1 daripada tajuk Sebatian Karbon dan 1 lagi daripada tajuk Redoks. Adik-adik pilih yang mana?

Tajuk Senang vs Soalan Senang


Kadang tu memang ada tajuk yang kita rasa senang. Contohnya kita rasa soalan Sebatian Karbon lebih senang dari tajuk Redoks. Tapi sebelum pilih mana-mana soalan, Cikgu bagi cadangan adik-adik go through baca dulu kedua-dua soalan sampai habis. Semasa baca tu, pastikan ada rangka jawapan dalam kepala. Maksudnya dah boleh agak mana soalan yang boleh jawab dan mana yang tidak.

Lepas baca, step ke-2 ialah baru pilih yang paling tepat.

Masa step ini jangan cenderung pada mana-mana tajuk dahulu, tapi mesti buat pertimbangan 
berdasarkan senarai soalan dalam setiap pilihan tadi.

Pilih yang mana paling banyak boleh jawab.
Pilih yang mana mudah nak ‘goreng’ jawapan.

Bukan pilih tajuk kesukaan.
Bukan pilih sebab kita rasa tajuk tu senang.

Boleh?

Ingat, apa yang penting ialah adik-adik perlu reserve sebanyak mungkin markah.  Jadi tak kisah kalau tajuk apa pun, tapi mesti yang paling banyak markah adik-adik boleh dapat.

So, mesti memilih dengan bijak okay?

Fokus atau Buat Semua?


Cikgu tahu mungkin ada antara adik-adik yang akan jawab kedua-dua soalan pilihan dengan harapan pemeriksa kertas akan pilih soalan yang paling banyak dapat markah nanti.

Ini tak salah. Salah satu strategi yang bagus juga tu.

Tapi Cikgu suka galakkan begini, fokus untuk pilih satu soalan, jawab sehabis baik dan gunakan masa lebih untuk semak jawapan adik-adik adakah ia bertepatan dengan kehendak soalan. Baiki apa-apa jawapan yang dirasakan tidak tepat. Setuju?

In short, lebih baik fokus.

Nak tackle jawab semua soalan boleh, tapi Cikgu takut adik-adik sambil lewa pula masa menjawab tu. Jadi lebih baik kalau dapat fokus dan jawab elok-elok okay.

Selamat mempraktik! Kalau tips Cikgu ni bermanfaat, jangan lupa share dengan kawan-kawan ya!