Saturday, December 12, 2020

Apa cita-cita kamu?

 Cita-cita adalah suatu soalan yang selalu Cikgu utarakan kepada pelajar-pelajar Cikgu. Kadang-kadang sengaja mengisi senggang waktu sementara menunggu Cikgu mencari bahan atau sembang-sembang santai lepas pelajar diasak dengan penyelesaian Matematik yang susah-susah! Hehe

Antara ramai-ramai pelajar, ada yang mahu jadi juruterbang dan guru. Yang mahu jadi petani moden pun ada, tak kurang pula yang mahu jadi ustaz. Tapi ada sesetengah pula yang masih tak tahu pun apa cita-cita mereka.

Pada pendapat Cikgu, cita-cita ini penting jugalah untuk difikirkan sedari bangku sekolah. Sekurang-kurangnya adalah lebih motivasi untuk belajar dan mencapainya suatu hari nanti.

Cikgu teringat lagi.. Semasa di sekolah rendah dahulu murid-murid kena isikan tiga cita-cita ke dalam buku laporan sekolah. Cikgu masa kecil-kecil dahulu tak tahu juga nak jadi apa. Mungkin kurang pendedahan barangkali. Maklumlah budak dahulu tak sama dengan budak sekarang yang lebih advanced serba-serbi. Sudah tu, budak kampung lagi, hihi.

Jadi, bila ditanya tiga cita-cita tersebut oleh guru kelas, Cikgu cuma cakap sahaja kerjaya yang Cikgu tahu. Yang pertama peguam, yang kedua guru. Lagi satu pula jenuh Cikgu fikir, tak dapat-dapat juga idea. Jadi tanyalah pada kawan tentang cita-cita yang dia masukkan dalam buku laporan. Kawan pun beritahu, KILANG. Kita pun apa lagi, bodoh-bodoh masa itu jadi ikut sajalah. Kita pun beritahu guru kelas yang cita-cita ketiga nak letak KILANG. Memang tiru ajelah kawan tadi. Ha ha ha!

Masa itu memang tak tahu pun kerja kilang tu macam mana.. bagus ke tidak. Gaji besar ke tidak?

Tapi bila dah besar ni, sudah tahulah kerja kilang pun ada banyak position. Boleh jadi pengurus, eksekutif, juruteknik mahupun operator dan tukang sapu. Kiranya, kerja kilang ni ada dari sebesar-besar jawatan sehingga yang paling kecil  dan rendah sekali. Dan jangan risau, bila sebut kerja kilang ia tak hina pun. Walaupun mungkin sesorang tu berjawatan kecil dan kerja di kilang, Alhamdulillah dan InsyaAllah rezekinya masih halal. Betul tak?

Jadi apabila semakin meningkat dewasa, selepas SPM Cikgu dilorongkan untuk menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Masa itu Cikgu ikutkan sahaja perjalanan takdir, sebab mungkin dalam hati tak ada pun cita-cita yang konkrit.

Berhempas-pulas selama hampir 5 tahun di UTM Skudai, Alhamdulillah Cikgu graduate dengan Kepujian Kelas Kedua (Tinggi), Alhamdulillah!

Cewahh, masa itu jadi calon-calon jurutera lah katakan hehe

Sebulan selepas majlis graduasi, Cikgu diterima bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan gred perubatan di Taiping, Perak. Tapi semasa itu tidak ada pun jawatan Jurutera. Daripada Management Trainee, Cikgu diserap sebagai Eksekutif Kawalan Kualiti. Alhamdulillah dalam tempoh hampir 5 tahun di sana, Cikgu belajar banyak sangat benda – daripada selok-belok bidang pekerjaan sehinggalah kemahiran bersosial juga.

Imbas kembali.. cita-cita Cikgu masa sekolah rendah hari tu untuk kerja kilang tu dah tercapai nampaknya! Hehe lucu juga bila dikenang-kenang liku perjalanan hidup ini ya.

Tapi, oleh kerana Cikgu memang berminat dengan bisnes sejak kecil, Cikgu ambil pula sijil Profesional Diploma dalam bidang perniagaan internet di IKSB Ara Damansara yang berkerjasama dengan Open University of Malaysia (OUM). Dan semasa tempoh pengajian hampir 2 tahun itu, Cikgu pun meletakkan jawatan dari kilang.

Dan kini, inilah Cikgu – berkecimpung dengan dunia hometuition! Hehe

Cita-cita ‘sepatutnya’ sebagai jurutera kimia memang sudah agak lama Cikgu lupakan.

Ada yang kata buat rugi sahaja belajar tinggi-tinggi, tetapi akhirnya jadi guru tuisyen yang biasa-biasa sahaja. Rugi belajar lain, kerja lain. – kata merekalah hehe

Tapi secara peribadi, sebenarnya Cikgu rasa tak berapa kisah pun. 

Salah satu sebabnya mungkin kerana Cikgu rasakan dunia kejuruteraan memang tidak masuk dengan jiwa Cikgu. Skop kerjanya menuntut banyak komitmen masa dan tenaga selain akal. Senang kata, memang gaji mahal tetapi ada sesuatu yang perlu dikorbankan iaitu masa kita yang berharga. Begitulah congak kira Cikgu..  Ini cakap orang yang memang tak berapa minat dan ada hati dengan kejuruteraan lah ya. Hehe 

Well, lain orang kan lain selera..

Ada yang memang minat dan boleh cope dengan skop kerja Jurutera, jadi why not? Kerja sajalah. Duit berkepuk dan yang penting tetap enjoy dalam kerjaya.

Di tahun pertama kos kejuruteraan, kami diajar subjek Introduction to Engineering. Pensyarah pun banyak ceritakan tentang skop kerja jurutera dan lain-lain.

Dalam suatu sesi kelas, Pensyarah suruh kami pejam mata dan bayangkan kehidupan sebagai seorang jurutera. Cikgu tak pasti rakan-rakan lain bayangkan apa. Mungkin mereka bayangkan menjadi jurutera yang sibuk dengan meeting, kerja offshore, keluar masuk production line dan duit berkepuk!. 

Tapi, apa yang Cikgu sendiri bayangkan sangatlah berbeza dengan apa yangmungkin rakan-rakan lain bayangkan agaknya. I’m totally a freak weirdo, hahaha!

Nak tahu apa?

Boleh pula masa pejam mata tu, Cikgu terbayang kehidupan Cikgu  yang serba-serbi tenang. Siap ada bunyi air mengalir yang buat rasa nyaman saja. Life pun slow and steady saja. Low profile. Senang kata, bukan kehidupan seorang jurutera lah yang nampak profesional, gah dan bergaya. Kah! Hahaha...

Nampak sangat tak ada jiwa jurutera langsung kan... hehehe

Begitulah, jiwa Cikgu sukakan ketenangan sebenarnya. Bukan kehidupan mendesak dan pecah kepala macam seorang jurutera lagaknya. Jadi bila orang cakap rugi belajar segala, Cikgu tak kisah pun. Pada Cikgu, ilmu yang kita pernah pelajari, tak ada yang rugi pun. Walaupun tidak jadi jurutera, ilmu kejuruteraan tetap Cikgu dapat manfaatkan untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar dan digunakan dalam kehidupan sendiri juga. Ynag penting adalah sesorang tu akan menjadi lebih bijaksana dengan kayanya ilmu pengetahuan dalam diri dia. Setuju?

Bila difikir lagi, eh aku jadi guru pula sekarang ya? Itu pun salah satu cita-cita dalam buku laporan sekolah rendah dulu! Hahaha.. walaupun bukan guru sekolah, tapi Alhamdulillah bergelar juga sebagai warga pendidik rupanya.

Cita-cita sebagai peguam pula macam mana? Oh itu memang sukar nak dicapai. Lainlah kalau Cikgu ada ambil bidang Undang-undang semasa di universiti dulu.. hihi gurau sahaja ya.

Itu cerita Cikgulah..

Cerita pelajar-pelajar pula bagaimana?

Pada Cikgu, tak kisahlah kamu mahu bercita-cita jadi apa pun. Tetapi pastikan ia bermanfaat dan mudah nak beragama! – ini pesanan CIkgu yang maha penting.

Jangan kerana kerja, kamu susah nak solat terutamanya. Tak berbaloi bergaji besar tapi tak solat, tahu? Sedangkan kita tahu hujung kepada semua nikmat dan kemasyhuran dunia adalah KEMATIAN. manusia, sehebat mana pun atas dunia tetap akan mati. Dan kemudian, amal mereka dihisab. Demi kerjaya, jangan sampai melupakan mati dan beringat untuk beramal ya?

Dan mungkin ini juga yang banyak Cikgu fikirkan dahulu semasa kerja di kilang. Ada hari-harinya kerja memang sibuk sehingga boleh terlepas waktu solat dan leka bab aurat serta ikhtilat pergaulan. 

Tapi kini Alhamdulillah, Cikgu bersyukur kerana berkecimpung dalam dunia hometuition, Cikgu tak ada masalah untuk solat awal dan banyak juga ibadah-ibadah lain yang boleh dikejar.

Anak-anak, tak salah mahu bercita-cita apa pun okey.

Tapi ingat pesan Cikgu ya.

Di mana pun kamu, apa pun kerjaya kamu nanti, pastikan solat tidak tinggal. Pastikan tidak tergadai maruah dan nama seorang Islam ya?

Semoga dapat sesuatu dari perkongsian Cikgu kali ini.

Tuesday, June 2, 2020

ONLINE TUITION SPM 2020 | PENDAFTARAN DIBUKA

Sesi persekolahan telah tergendala lebih 2 bulan gara-gara PKP dan pandemik Covid-19. Ini tentu merisaukan!
Takut prestasi pelajaran anak anda yang bakal menduduki SPM pada tahun 2020 ini tidak memuaskan hati?

Klik Pada Gambar Untuk Membaca Profil Saya

Kenalkan, saya Cikgu Zaleha.

Saya merupakan private tutor yang berpengalaman mengajar selama hampir 6 tahun di Perak.

Saya ingin tawarkan satu penyelesaian kepada masalah anda di atas.



Perkenalkan,

One-To-One ONLINE TUITION

Saya menawarkan kelas tutor secara ONLINE kepada Tingkatan 5 (sukatan KBSM) yang akan mengambil SPM bagi sesi 2020 dalam subjek berikut:

Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi

Prestasi akademik anak tidak memuaskan selama ini?

Masih belum terlambat untuk dibantu.

Belajarlah secara perseorangan dan eksklusif dengan bimbingan tutor hanya melalui KELAS ONLINE!


Klik pada gambar untuk Zoom lebih jelas



4 SEBAB UTAMA MENGAPA ANAK PERLUKAN TUISYEN

Prestasi akademik anak tidak memuaskan selama ini? Mereka perlukan kelas tambahan @ tuisyen.

1. SPM masih menggunapakai sistem peperiksaan

SPM tidak seperti UPSR dan PT3 yang kini menggunakan  model pentaksiran. Untuk SPM, pelajar perlu menguasai pelajaran dengan baik supaya boleh cemerlang dalam peperiksaan dan ujian lisan (jika ada).

2. Mahu Mendapat Sijil SPM

Zaman sekarang, apa-apa pun mahu sijil SPM. Yang tercicir persekolahan tak mengapalah juga, tapi andai anak anda sememangnya calon SPM tahun ini (2020), jangan sampai tak dapat sijil juga okay.

Terkini, LULUS dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah menjadi pra-syarat untuk sijil SPM dikeluarkan kepada pelajar-pelajar. Mahu tidak mahu, para pelajar mesti LULUS kedua-dua subjek ini supaya dapat memegang sijil SPM.

Tanpa sijil SPM, mahu minta kerja pun jadi susah di kemudian hari, begitu juga jika ingin melanjutkan pelajaran.

3. Pra-syarat melanjutkan pelajaran

Bagi pelajar yang berada dalam pelbagai kelas aliran Sains, 4 subjek utama seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan sangatlah perlu diberi perhatian. Sekiranya tidak cemerlang, kemungkinan besar pelajar tidak dapat mengejar cita-cita dalam bidang yang diminati.

Begitu juga untuk bidang-bidang lain selain Sains, tetap juga ada permintaan tertentu untuk memasuki bidang tersebut berdasarkan keputusan SPM.

Keputusan SPM tidak bagus? Maka, pelajar perlu bersedia dan terpaksa untuk menerima apa sahaja kos yang ditawarkan, sekalipun tidak minat. Sayangnya!

4. Usah Mengulang SPM

Sepanjang saya terlibat dalam dunia hometuition, saya telah berjumpa dengan pelajar-pelajar dewasa yang kembali mengambil SPM Ulangan kerana beberapa sebab seperti tujuan meminta kerja atau membaiki gred sebagai syarat memasuki bidang pilihan di Universiti. Jangan lakukan ini jika boleh! - anda akan membazir duit dan masa anda yang bernilai di kemudian hari.


Klik pada gambar untuk Zoom lebih jelas



APA BEZA ONE-TO-ONE (1-1) ONLINE TUITION DENGAN GROUP ONLINE TUITION?

Keistimewaan dan Kelebihan tusyen secara One-to-One ialah,

1. Pelajar belajar dalam keselesaan sendiri

Pelajar boleh bertanya kepada tutor dengan selesa, tiada gangguan, lebih fokus dan pembelajaran menjadi berkesan.

2. Bimbingan Peribadi

Bukan setakat dalam sesi tutor sahaja pelajar akan mendapat tumpuan penuh tutor, tapi pelajar turut dibimbing sepanjang bulan tutor.

Pelajar boleh menghubungi tutor pada bila-bila masa di luar sesi kelas online untuk tujuan bantuan akademik. Ini adalah pakej di dalam servis saya 

3. Selamat, jimat masa dan tenaga

Pandemik Covid-19 masih belum reda. Usah risikokan anak dengan menghantar mereka ke kelas tuisyen offline. Adalah lebih selamat untuk menyertai kelas tuisyen secara online kerana ia lebih selamat daripada risiko penyakit dan bahaya di luar.



BAGAIMANA SAYA AKAN MENGAJAR?

Saya akan menggunakan aplikasi WhatsApp kerana ia ringan dan penggunaannya yang umum. Kelas akan berjalan menggunakan WhatsApp Video Call, Chat dan Voice.

Bahan bantu mengajar seperti nota kuliah, video atau latihan akan dikepilkan melalui pautan-pautan yang dikongsikan di dalam WhatsApp Chat. Pelajar boleh akses kepada bahan-bahan ini semasa dan selepas kelas online.

Semasa sesi, saya akan fokus kepada kelemahan-kelemahan pelajar untuk cuba diperbaiki, di samping penerangan nota untuk kefahaman. Latihan akan dibuat dari masa ke masa untuk menguji kefahaman pelajar.

Pelajar juga boleh meminta untuk saya mengulang mana-mana tajuk bagi tujuan ulangkaji.

Sesi pembelajaran akan menjadi berkesan kerana kita fokus kepada tajuk yang ketinggalan di samping melakukan latihtubi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM sebenar.



JADUAL TUISYEN ONLINE

Jadual bersifat fleksibel iaitu:

Mengikut masa pelajar (jika bersesuaian dengan jadual tutor yang masih kosong)

atau

Saya akan memberi cadangan masa, ibubapa dan pelajar boleh memilih waktu dan tetapkan bila kelas kita mahu bermula.






JAMINAN SAYA!

Saya memahami faktor keserasian antara pelajar dan tutor adalah penting dalam kelas tuisyen online ini.

Oleh itu, sekiranya selepas sesi pertama kelas online berlangsung, anda boleh menghentikan khidmat saya sekiranya tiada keserasian atau tidak menepati piawaian ibubapa dan pelajar.

Saya menerima dengan hati terbuka!

Hubungi saya untuk tempah slot 2020 anda!



HUBUNGI SAYA SEKARANG

Ibubapa atau pelajar boleh menghubungi saya dengan cara  membuat panggilan, sms atau WhatsApp ke 019-5728429.

Sebarang perbincangan lanjut boleh dibuat sekiranya berminat.

Slot ONLINE TUITION saya adalah terhad.

Hubungilah saya dengan kadar segera sebelum saya menutup pendaftaran bagi sesi 2020 ini.

Sunday, May 17, 2020

Bukan Guru Hometuition Terbaik, Apa pun Selamat Hari Guru 2020!

Cikgu mungkin bukan guru hometuition terbaik, tetapi Cikgu sangat hargai semua ucapan yang Cikgu terima semasa sambutan Hari Guru 2020 pada 16 Mei lalu.

Terima kasih buat semua yang masih mengingati Cikgu!

Kami di bidang tuisyen dan hometuition ini mungkin bukan guru rasmi seperti di sekolah-sekolah. Tapi insyaAllah kami juga ada peranan dalam mendidik anak bangsa kita supaya boleh cemerlang dalam akademik sama 😊😊

Di sini, Cikgu kongsikan beberapa ucapan yang Cikgu terima tempoh hari. Walaupun kita bergelut dengan wabak Covid 19 tahun ini, Cikgu perhatikan sambutan hari guru tetap meriah di alam maya 😉

Ucapan Hari Guru 2020

Ucapan ini ada yang Cikgu terima dari ibubapa. Ada juga dari pelajar. Dan ada juga dari pelajar yang cuma kenal di alam maya, belum sempat bersua muka hehe

Terima kasih semua!

Ucapan Dari Ibubapa

Puan Mimi Fadilah

Puan Mahinaton
 
Puan Azuati

Puan Norhasdalina

Puan Fazilah


Ucapan daripada Pelajar dan Bekas Pelajar

Hasnah, SPM 2019, Sabah

Abdul Wafi, SPM 2020, Semanggol Perak

Nuur Naajihaah, SPM 2020, Taiping
Nur Adawiyah Athilah, SPM 2017, Simpang Halt

Thayabarathi, SPM (Ulangan), Taiping

Nurin Natasha, SPM 2017, Kamunting

Shah Rizal, SPM 2019, Taiping

Emir, SPM (Ulangan), Kedah

Irwan Haziq, PT3 2019, Batu Kurau

Akhir kata, terima kasih semua!


Yang Ikhlas, 
Cikgu Zaleha
Bukan Guru Hometuition Terbaik Tapi Cuba Jadi Yang Terbaik 😍

Saturday, May 2, 2020

Kuliah Seringgit | KIMIA SPM 2020 (KBSM)

Alhamdulillah!

Dalam tempoh lebih kurang sebulan, akhirnya siap juga siri KULIAH SERINGGIT Cikgu ini 😁😁

Semoga ia memberi manfaat kepada semua pelajar seluruh Malaysia yang mengambil subjek KIMIA (KBSM) ya

Untuk pelajar calon SPM 2020 dan ibubapa yang berminat mendaftarkan anak, boleh hubungi Cikgu terus okey.

Ada lengkap 13 tajuk kesemuanya. 👋

Pengenalan | KULIAH SERINGGIT Kimia

Program ini adalah siri kuliah online yang berharga RM1 bagi setiap tajuk.


Nota kuliah kita ni berbentuk audio dan gambar, bukan kuliah "LIVE".

Jadi, pelajar-pelajar boleh akses bila-bila masa mengikut kesesuaian masing-masing.

Memandangkan SPM 2020 ditunda ke awal tahun 2021, maka dengan ini suka Cikgu war-warkan nota kuliah ini pun akan dilanjutkan sehingga ke tarikh sama, yakni sehingga peperiksaan SPM berlangsung.

Ini juga bermakna, yuran RM1 per bab yang dibayar tersebut akan sah sehingga hari peperiksaan tau!

Bayar RM13 sahaja untuk semua tajuk dan akses sehingga SPM nanti.

Yuran dibayar secara one-off sahaja.
Untung kan? 🤗

Cepat daftar ya!


Tajuk-tajuk tersebut ialah:

TINGKATAN 4

1. Struktur Atom
2. Formula dan Persamaan Kimia
3. Jadual Berkala Unsur
4. Ikatan Kimia
5. Elektrokimia
6. Asid dan Bes
7. Garam
8. Bahan Buatan dalam Industri

TINGKATAN 5

1. Kadar Tindakbalas
2. Sebatian Karbon
3. Pengoksidaan dan Penurunan
4. Termokimia
5. Bahan Kimia Untuk Pengguna

Nota kuliah ini boleh diulang dengar dan baca pada bila-bila masa mengikut keselesaan pelajar kerana ia bukanlah nota "LIVE".

Boleh baca info lanjut Kuliah Seringgit dan cara penyertaan nya.

Bagi yang berminat, boleh hubungi Cikgu untuk sebarang pertanyaan atau penyertaan.



Yang benar,
Cikgu Zaleha
Private Hometutor
019-572 8429 (WhatsApp saya)

Batch Corona SPM 2020

Semalam anak soleh chit chat Cikgu.

Tapi apa yang dia cakap ni, Cikgu pun susah nak hadam, hahaha...


Penangan PKP panjang barangkali 😅

=
Allahu..

Dugaan betul untuk anak-anak kita yang nak mengambil peperiksaan besar tahun ni macam SPM, STPM, STAM dan Sijil Vokasional kan?

Cikgu pun tak tahu nak ulas apa dalam hal ini sebenarnya..

Tapi percayalah, semua ini kan diizinkan Allah jua semata-mata?

Walau rasa susah, sedih, keliru dan sebagainya kena selalu beringat ia sedang menguji rukun iman ke-6 kita semua yaknipercaya kepada qada' dan qadar Allah.

Untuk anak-anak soleh solehah Cikgu yang bakal mengambil SPM, jangan berputus asa ya. Teruskan saja belajar dan mengulangkaji sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

Sudah ada kelas online yang disusun pihak sekolah masing-masing kan? Kalau tiada kekangan, ikuti sajalah.

Kalau rasa masih kurang faham dek bukan P&P bersemuka, banyak-banyaklah bersabar. Besar pahala sabar anak-anak dalam menuntut ilmu, insyaAllah. Kekal fokus dan berusaha.

Kalau rasa perlukan tuisyen online, berbincanglah dengan ibubapa. Cikgu percaya selagi mana ibubapa mampu, mereka akan usahakan yang terbaik.

Untuk yang mahu tuisyen online dengan Cikgu pun boleh, mode secara one-to-one atau kumpulan kecil - mudah-mudahan lebih fokus dan faham.

Teruskan berusaha ya anak-anak semua 🤗

Sunday, March 29, 2020

Kuliah Seringgit: Pelancaran Istimewa Untuk Calon SPM 2020 - subjek Kimia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Apa khabar, Cikgu harap dalam musim penularan Covid-19 ini, semua pastikan patuh arahan PKP okey.

Di sini Cikgu ingin war-warkan bahawa Cikgu ada menganjurkan Kuliah Seringgit bagi subjek Kimia khas untuk semua calon-calon SPM 2020.





Kita semua tahu, bermula 18 Mac lepas sehingga 14 April nanti, kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini bermaksud sesi persekolahan juga tergendala selama tempoh ini.

Kementerian Pendidikan mengambil langkah pantas dengan mengarahkan pelaksanaan kelas-kelas secara online, hanya dari rumah pelajar. Langkah ini amat tepat sekali supaya kesinambungan PdP terus berjalan.

Bagi pihak Cikgu pula, Cikgu rasa terpanggil untuk turut menyumbang usaha dalam meningkatkan kefahaman pelajar yang bakal menduduki SPM pada November nanti.

Oleh itu, projek Kuliah Seringgit ini dihasilkan, khas untuk semua calon!
===



Info Kuliah Seringgit


  • :cherry_blossom: Menggunakan aplikasi Telegram
  • :cherry_blossom: Nota dalam bentuk audio (rakaman suara) dan gambar
  • :cherry_bloss Nota boleh diulang dengar bila-bila masa
  • :cherry_blossom: Disertakan latihan untuk menguji kefahaman
  • :cherry_blossom: Bahan, kandungan dan pengisian akan ditambah baik dari masa ke masa
  • :cherry_blossom: Sebagai platform untuk berbincang kekeliruan berkaitan tajuk oleh sesama peserta
  • :cherry_blossom: Sesuai untuk digunakan sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan
  • :cherry_blossom: Dikenakan yuran RM1 sahaja untuk tempoh sepanjang tahun dari tarikh penyertaan pelajar
  • :cherry_blossom: Penyertaan tamat pada 31 Disember 2020 - peserta akan diminta keluar dari group.


Cara Menyertai Kuliah Seringgit

Ikuti langkah berikut:


1. Pindahkan RM1 (atau lebih mengikut bilangan kuliah yang ingin diikuti) ke dalam akaun berikut melalui perbankan internet. Masukkan nota pindahan duit sebagai "Kuliah Seringgit". 
Bagi pelajar, boleh minta bantuan ibubapa atau orang yang lebih dewasa untuk tujuan ini.


2. Hantar mesej ke WhatsApp Cikgu (klik sini untuk WhatsApp), dan nyatakan:


Nama:

No Telefon (yang berdaftar dengan aplikasi Telegram):

Tajuk Kuliah:

3. Cikgu akan berikan link untuk masuk ke group Telegram berkaitan.


4. Klik pada link, buka menggunakan aplikasi Telegram dan klik "Join".


5. Selesai!



Siri Kuliah Seringgit (KIMIA)


1. Kimia T4: Struktur Atom (RM1)


2. Kimia T4: Formula & Persamaan Kimia (RM1)

3. Kimia T4: Jadual Berkala Unsur (RM1)

4. Kimia T4: Sebatian Kimia (RM1)

5. Kimia T4: Elektrokimia (RM1)

6. Kimia T4: Asid dan Bes (RM1)

7. Kimia T4: Garam (RM1)

8. Kimia T4: Bahan Kimia dalam Industri (RM1)

9. Kimia T5: Kadar Tindakbalas (RM1)

10. Kimia T5: Sebatian Karbon (RM1)

11. Kimia T5: Pengoksidaan dan Penurunan (RM1)

12. Kimia T5: Termokimia (RM1)

13. Kimia T5: Bahan Kimia Untuk Pengguna (RM1)



Nota: Buat masa ini, hanya kuliah dengan tulisan berwarna biru sahaja yang boleh disertai. Lain-lain kuliah sedang dikemaskini dan akan sedia dalam sedikit masa lagi, insyaAllah.

===
Oleh itu, pada tarikh 30 Mac 2020 ini, Cikgu dengan sukacitanya merasmikan Kuliah Seringgit ini!

Sebar-sebarkan kepada semua calon yang mengambil subjek Kimia okey. Semoga ia memberi serba-sedikit manfaat kepada lebih ramai pelajar yang memerlukan 😊:wink:

Thursday, March 19, 2020

Sukatan Pelajaran Baru Kimia Tingkatan 4 2020

Pelajar Tingkatan 4 pada tahun 2020 ini adalah batch pertama yang akan menghadapi peperiksaan SPM dengan sukatan pelajaran yang baru.

Di sini, Cikgu ingin kongsikan perbezaan di antara sukatan pelajaran terbaru dengan yang lama bagi subjek Kimia.

Secara keseluruhan, sebenarnya tidaklah banyak perubahan sangat. Ada beberapa tajuk baru ditambah, ada juga tajuk lama yang diperincikan lagi skop nya.

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) 2020 yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia, sukatan pelajaran subjek Kimia yang baru ialah seperti berikut:

p/s: Sila klik gambar untuk view yang lebih jelas


Sedikit Ulasan


Untuk sukatan Tingkatan 4, tajuk Asid, Bes dan Garam telah disekalikan. Ini berbeza dengan sukatan lama di mana ia diasingkan kepada 2 tajuk berlainan. Selain itu, tajuk Kadar Tindakbalas yang dahulunya hanya diajar semasa Tingkatan 5 telah dibawa untuk sukatan Tingkatan 4.

Di bawah ialah isi kandungan buku teks Kimia Tingkatan 4 dengan sukatan baru ini.

p/s: Sila klik gambar untuk view yang lebih jelas

Bagi sukatan Tingkatan 5, tajuk Termokimia yang dahulunya diajar semasa Tingkatan 4 akan diajar pula semasa Tingkatan 5 batch 2021. Ada tambahan tajuk besar iaitu Polimer. Berkaitan Polimer sebenarnya ada disentuh sedikit dalam tajuk Bahan Buatan dalam Industri semasa sukatan lama. Jadi 
Cikgu jangka, tajuk ini nanti pasti akan mengupas lebih dalam tentang Polimer. Tajuk Pengoksidaan dan Penurunan pula ditukar nama kepada Keseimbangan Redoks.

Untuk format SPM 2021, Cikgu juga belum pasti sama ada masih sama formatnya dengan sekarang iaitu 3 Kertas semuanya. Apa-apa pun, Cikgu pasti semua info akan lebih jelas menjelang awal tahun 2021 nanti, insyaAllah.

Semoga info ini bermanfaat!

Saturday, March 14, 2020

Testimoni Hometuition | Review Keputusan SPM 2019


Khamis minggu lepas 5 Mac 2020, calon-calon SPM 2019 baru sahaja mendapat keputusan SPM mereka. Tahniah Cikgu ucapkan untuk semua para pelajar yang telah melalui SPM lalu dengan usaha terbaik masing-masing!

Untuk sesi 2019 lalu, Cikgu telah mengajar 6 calon SPM sehingga saat akhir mereka menempuh minggu peperiksaan, manakala baki 6 pelajar lagi adalah calon SPM yang mengambil slot tuisyen pendek bersama Cikgu sahaja, sama ada di awal tahun atau sehingga sebelum Percubaan sahaja. Ada faktor yang pelbagai seperti kekangan kewangan, masa dan jadual tuisyen yang bertindih dengan waktu kelas tambahan di sekolah.

Bagi subjek pula merangkumi Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Matematik dan Sains. Ada pelajar yang mengambil 1 subjek, 2 subjek dan paling maksima ialah 3 subjek.
Jadi, bagaimana prestasi pelajar-pelajar Cikgu agaknya?

Di sini, Cikgu kongsikan khabar keputusan SPM bagi 8 pelajar-pelajar Cikgu bagi sesi 2019 tersebut, mudahan jadi dorongan untuk bakal SPM 2020 pula ya untuk terus berusaha gigih.

Matematik Dari Gagal ke Gred D

Pelajar (1)


Pelajar ini mulai tuisyen bersama Cikgu pada sekitar bulan 4. Prestasinya di sekolah tidak berapa baik, selain kerap ponteng sekolah. Tapi beruntungnya beliau sebab ada ibu yang sangat mengambil berat. Bermula dengan tuisyen paksa, sehinggalah menjadi tuisyen rela haha!

Pelajar (2)


Bermula tuisyen kira-kira sebulan sebelum peperiksaan Percubaan SPM, iaitu sekitar bulan 9. Gred Matematik semasa Percubaan adalah Gagal iaitu 9% markah. Namun Alhamdulillah atas usaha yang berterusan, beliau berjaya dapat gred D untuk SPM.

Pelajar (3)



Subjek Matematik dan Sains kedua-duanya Gagal semasa Percubaan. Untuk SPM Matematik dapat Gred D, Alhamdulillah. Sedihnya, Sains masih Gagal. Cikgu agak terkilan jugalah, sebab tak dapat membantu sekurang-kurangnya untuk beliau Lulus. Buat pelajar, teruskan usaha untuk peringkat seterusnya ya, jangan berputus asa okay :-)

Dari Gred C ke A

Pelajar (4)



Sememangnya beliau pelajar yang bijak, sangat rajin berusaha dan betul-betul push to the limit menjelang SPM 2019 tempoh hari. Sejujurnya, Cikgu salute! Kejayaan ini bukanlah kerana Cikgu sangat, tapi tak lebih dari usaha beliau yang betul-betul serius. Tahniah yer, semoga terus cemerlang dalam apa jua pun bidang yang beliau pilih nanti!

Pelajar Aliran Sains

Pelajar (5)



Bersekolah di SMK Taman Tasik dan Cikgu akan mengajar Biologi dan Kimia sekali-sekala pada hujung minggu jika beliau tiada aktiviti lain di asrama. Pencapaian semasa SPM tidak A. Pelajar redha sahaja, Cikgu pula yang stres lebih, hahaha.

Pelajar (6)



Fizik tak pernah dapat sebaik B+ katanya, Alhamdulillah. Tapi Cikgu terkilan jugalah kerana tidak dapat membantu untuk mendapat A dalam semua subjek yang Cikgu ajar seperti Fizik, Kimia dan Biologi. Apa-apa pun, tahniah awak! Sambung belajar dan teruskan tekun berusaha ya.

Pelajar (7)



Seingat Cikgu, kelas bersama pelajar ini adalah 5 sesi iaitu semasa cuti sekolah bulan 9 sebelum peperiksaan Percubaan. Beliau belajar MRSM Gerik dan sememangnya pelajar bijak, Cuma sedikit kurang keyakinan dalam Add Maths dan subjek-subjek Sains seperti Fizik, Kimia dan Biologi. Syukur, beliau beritahu Cikgu yang Add Maths LULUS!

Pelajar (8)


Kelas bermula bulan April tapi berakhir bulan September kerana beliau semakin sibuk dengan kelas tambahan yang dianjurkan sekolah. Cikgu sempat membimbing beliau dalam subjek Fizik dan Kimia. Apa yang beliau dapat cuma cukup-cukup makan sahaja. Cikgu harap lepas ini boleh terus berusaha ya :-)

Sepatah Dua Kata

Buat semua lepasan SPM 2019, Cikgu doakan walau apa pun keputusan kamu semua, pastikan untuk terus berusaha menempa kejayaan di masa-masa akan datang okay. Pilihlah bidang yang bersesuaian dengan minat, melepasi kelayakan SPM dan just shine again!

Thursday, February 6, 2020

Guru Hometuition Perakaunan Taiping | Level SPM, STPM dan Diploma


Mencari hometuition untuk subjek Perakaunan?


Terbuka untuk peringkat SPM, STPM dan DIPLOMA!


Bagi kawasan Taiping dan sekitar, perkenalkan tutor subjek Perakaunan anda - Cikgu Atiqah.



Profil Cikgu Atiqah


Nama: Nor Atiqah bt Abdul Rahman

Umur (2020) : 29 tahun

Profesion Semasa: Guru di SMK Dr Burhanuddin, Taiping, Perak

Kawasan Capaian: Taiping dan Kamunting

Pendidikan Tertinggi: Ijazah Pendidikan

Pengalaman Mengajar: Guru Perakaunan (STPM)

Subjek dan Level: Perakaunan (SPM, STPM & Diploma)




Sila Klik Untuk WhatsApp
Berminat supaya Cikgu Atiqah dapat mengajar anak anda subjek Perakaunan secara private di rumah anda sendiri?

Hubungi sekarang! Tempah slot hometuition sesi 2020 bersama Cikgu Atiqah.

Untuk makluman, oleh kerana Cikgu Atiqah mengajar di sekolah, beliau hanya membuat slot hometuition pada setiap Sabtu sahaja. Maka, slot beliau sangat-sangatlah terhad!

Tempah slot hometuition Perakaunan bersama beliau dengan kadar segera, sebelum beliau menutup pendaftaran bagi sesi 2020 ini.

Hubungi Cikgu Zaleha selaku penyelaras di talian 019-5728429 atau terus WhatsApp direct dengan klik button di bawah untuk sebarang pertanyaan atau tempahan slot!

Sila Klik Untuk WhatsApp

Wednesday, February 5, 2020

Dialog Dengan Pelajar: "Macam Mana Solat, Tuhan Tak Ada.."


Pada suatu petang semasa salah satu kelas hometuition Cikgu sedang berlangsung..
Tivya: Cikgu, kita habis kelas pukul berapa?

Cikgu: Sepatutnya pukul 7.15 tapi tadi Cikgu datang lambat sikit, jadi kita habis 7.20 malam.

Tivya: Oh. Solat (maghrib) pukul berapa Cikgu?

Cikgu: Azan pukul 7.30 lebih kurang. Kenapa?

Tivya: Dari sini (rumah nenek saya) ke rumah Cikgu berapa lama ambil masa?

Cikgu: Tak sampai setengah jam, mungkin dalam 20 minit je. Kenapa ni?

Dia tak menjawab pertanyaan Cikgu, sebaliknya buat kira-kira kecil di atas sekeping kertas. 7.20 ditambah dengan 30 minit, haha! Hasilnya dapat 7.50
Tivya bertanya lagi.

Tivya: Cikgu, Cikgu sampai rumah sudah pukul 8. Boleh solat lagi kah?

Cikgu: Oh boleh lagi, tapi sudah lewatlah. Tapi tak apa, Cikgu biasa berhenti di masjid (Masjid Bagan Serai) saja nanti.

Tivya: Oh ya, ada masjid kan Cikgu. Selalu solat kat rumah dan masjid kan Cikgu?

Cikgu: Oh tak semestinya. Kat mana-mana pun orang Islam boleh solat.. (asalkan diri, pakaian dan tempat bebas najis), kat rumah nenek kamu ni pun Cikgu boleh solat tau! Kat padang boleh, mana-mana sajalah orang Islam pergi, boleh aja solat.

Tivya berkerut dahi.

Tivya: Oh macam mana sembahyang Cikgu? Tak ada Tuhan..

Cikgu tahan gelak.

Cikgu: Tuhan (Allah) tu ada di mana-mana.. bukan di masjid atau di rumah orang Islam saja, jadi di mana-mana pun boleh solat.

Tivya: Oh.. Cikgu boleh sembahyang rumah nenek saya ni juga ke?

Cikgu: Boleh.. Cikgu ada apps kiblat. Cikgu boleh tahu arah mana kalau nak solat.

Sepintas Cikgu buka smartphone, dan tunjukkan dia Apps Muslim Pro dan tekan button Qibla yang menunjukkan kompas dan arah Kaabah (kiblat).

Cikgu: Jadi, kalau Cikgu mahu solat, Cikgu akan ikut arah ini (kiblat) lah.

Muka Tivya masih pening-pening. Mungkin penerangan saya agak asing di telinganya. 
Dan lagi, mungkin kerana cuba memahami hakikat yang orang Islam boleh solat di mana-mana pun, bukan terhad di rumah atau masjid sahaja seperti tanggapannya sebelum ini, iaitu tempat lain Tuhan (Allah) tak ada. 😂😂

Tivya: Cikgu. Kalau Cikgu solat, pakai putih kan. Apa tu orang panggil ya...?

Cikgu: Telekung ke?

Tivya: Haa telekung.

Cikgu: Boleh. Pakai telekung putih boleh, pakai macam ni saja pun boleh.

Cikgu merujuk pada pakaian Cikgu. Hari itu Cikgu berbaju kurung biru, bertudung biru keunguan – ringkas-ringkas sahaja.
Dia sedikit terkejut.

Tivya: Oh boleh ke Cikgu?

Cikgu: Boleh lah..

Tivya: Habis, kenapa mereka pakai telekung?

Tak pakai telekung pun boleh solat..

Cikgu: Oh, boleh juga. Yang penting perempuan kalau nak solat, mesti tutup semua kecuali muka dan 2 tangan saja. Boleh pakai telekung, boleh pakai macam cikgu juga ni untuk solat. Asalkan lengkap pakaiannya.

Cikgu selak kain sedikit menampakkan stokin kaki Cikgu.

Cikgu: Ha tengok ni, Cikgu pakai lengkap (tutup semua kecuali muka dan 2 tangan) kan? Jadi, macam ni pun Cikgu dah boleh solat.

Tivya: Oh.. okay Cikgu.

Selesai soal-jawab seketika, kami sambung kembali  pembelajaran Matematik Tingkatan 2 yang tergendala tadi.
Banyak sungguh soalannya anak murid Cikgu seorang ini. Bukan sesi kali ini sahaja, tapi setiap sesi pun ada soalannya haha.. 
Pernah sekali hari tu dia laungkan azan Allahuakbar kat Cikgu, sebab dia kata sudah selalu dengar sampai boleh hafal. Iyalah, rumah mereka ni memang berdepan surau hihi 
InsyaAllah, untuk setiap soalan Cikgu cuba jawab dengan ayat paling mudah untuk faham ya. Jauh di sudut hati, Cikgu harap semua seluruh keluarganya bakal dapat hidayah nanti untuk kembali kepada fitrah. Sama-sama kita doakan ya! 
Doakan juga, Cikgu ada kekuatan untuk sampaikan pesan Nabi kita tentang 2 kalimah syahadah kepada mereka-mereka ini ya, insyaAllah!

Tuesday, January 21, 2020

Elektrolisis Kimia | 3 Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Ion di Elektrod


Perkara paling penting bila mahu memahami bab Sel Elektrolisis melibatkan elektrolit jenis larutan, ialah adik-adik mesti tahu ion apa yang akan di nyahcas di elektrod katod dan anod. Sebenarnya perkara ini tidak sukar.

Secara ringkas, ada 3 faktor yang perlu dilihat semasa kita membuat analisa ion yang akan dinyahcas.

Bayangkan, dalam satu sel elektrolisis yang menggunakan larutan elektrolit, akan ada 2 ion positif (kation) yang akan tertarik kepada elektod katod dan ada 2 juga ion negatif (anion) yang akan tertarik kepada elektrod anod.

Bagaimana kita menentukan satu ion yang dinyahcas di katod dan anod tersebut?

3 Faktor Yang Mempengaruhi

3 faktor ini adalah rahsianya untuk mengetahui mana satu ion yang terpilih di katod dan anod. Mari kita teliti satu persatu.

Faktor 1: Siri Elektrokimia (SEK)

Adik-adik tentu sudah tahu tentang siri elektrokimia yang perlu kita hafal bukan? Ia seperti berikut:


Pada setiap sel elektrolisis, jika tiada faktor elektrod aktif atau kepekatan elektrod yang tinggi digunakan, maka kia sentiasa akan merujuk siri elektrokimia ini sebagai panduan.

Caranya ialah, ion yang berada lebih bawah dalam siri akan terpilih untuk dinyahcas.

Contoh, kita ada sel elektrolisis seperti di bawah. Elektrod karbon (lengai) digunakan dan kepekatan elektrolit juga rendah. Maka untuk menentukan ion yang terpilih, kita akan menggunakan SEK.


Mula-mula, kenal pasti dahulu ion-ion yang akan tertarik kepada katod (terminal negatif, -) dan kepada anod (terminal positif, +).

Katod: Cu2+ dan H+
Anod: SO42- dan OH-

Untuk katod, perhatikan ion Cu2+ dan ion H+ dalam SEK. Ion yang manakah kedudukan berada lebih bawah dalam siri? Ya, ion Cu2+ maka ion tersebut terpilih untuk dinyahcas di katod.

Untuk anod pula, perhatikan ion SO42- dan ion OH- dalam SEK. Ion yang manakah kedudukan berada lebih bawah dalam siri? Ya, ion SO42- maka ion tersebut terpilih untuk dinyahcas di anod.

Boleh faham?

Faktor 2: Jenis Elektrod

Jika dalam suatu sel elektrolisis, adik-adik dapati elektrod yang digunakan adalah jenis elektrod aktif, iaitu selain karbon. Maka, faktor kedua ini akan mempengaruhi nyahcas ion di katod dan anod.

Faktor ini sebenarnya lebih mudah.

Ingat sahaja rumus ini, anod akan mengion (kurus) dan katod akan menyahcas (gemuk).

Secara ringkas, di anod tiada ion yang dinyahcas okay. Yang berlaku ialah, elektrod tersebut yang mengion dan menyebabkan ia menjadi terkakis (kurus).

Perhatikan contoh sel elektrolis ini, elektrod aktif jenis Kuprum digunakan.


Apa yang berlaku di anod ialah logam KUPRUM akan mengion, tiada ion terpilih untuk dinyahcas.

Anod: Cu à Cu2+ + 2e

Dan apa pula yang berlaku di katod?

Jawapannya, di katod ion logam yang sama akan terpilih untuk dinyahcas. Persamaan seperti berikut,

Katod: Cu2+ + 2e àCu

Jelas?

Sekali lagi, ingat rumus bahawa anod akan mengion (kurus) dan katod akan menyahcas (gemuk).

Faktor 3: Kepekatan Elektrolit Yang Tinggi

Untuk faktor yang ketiga ini, kadangkala soalan tak beritahu pun elektrolit yang digunakan adalah dalam kepekatan tinggi. Jadi kalau nak tahu, perhatikan sahaja kemolaran elektrolit yang diberitahu - jika ia sama atau melebihi 1.0 mol dm³, maka ia dikira berkepekatan tinggi. Faktor ini akan mempengaruhi pemilihan ion di katod dan anod.

Bagaimana?

Ingat kata kunci ini, ion dengan kepekatan tinggi akan terpilih untuk dinyahcas walaupun ia berada lebih atas dalam Siri Elektrokimia (SEK).

Namun, ada pengecualian. Faktor ini hanya terpakai jika kedudukan ion berkepekatan tinggi tersebut dalam SEK tidak terlalu jauh dengan ion lawannya.


Perhatikan contoh ini,

Dalam siri ini, larutan PLUNBUM (II) SULFAT pekat digunakan.

Semua ion yang wujud di dalam elektrolit ialah:
Pb2+, H+, SO42- dan OH-

Ion yang berkepekatan tinggi di sini ialah ion
Pb2+ dan ion SO42-

Secara mudah, ion Pb2+ akan terpilih untuk dinyahcas di katod. Manakala ion SO42- akan terpilih untuk dinyahcas di anod.

Tapi.

Sebelum kita jump to conclusion, mari kita semak kedudukan ion berkepekatan tinggi ini dengan ion lawannya dalam SEK terlebih dahulu:

Ion SO42- vs ion OH(Anod)


dan

Ion Pb2+ vs ion H(Katod)


Perhatikan di anod, ion berkepekatan tinggi SO42- berada di atas, tetapi jaraknya terlalu jauh dengan lawannya, ion OH- maka faktor kepekatan akan terbatal. Ion yang terpilih untuk dinyahcas di sini ialah ion
OH-

Di katod pula, ion berkepekatan tinggi Pb2+ walaupun berada di atas dalam SEK, tetapi jaraknya tidak jauh dengan ion lawannya, H+ maka ia (Pb2+) akan terpilih untuk dinyahcas.


Kesimpulan

Dalam soalan melibatkan sel elektrolisis biasanya ia akan terus tanya apakah hasil di katod dan anod.

Jadi, adik-adik kena terus analisis sendiri ion apa yang akan terpilih untuk kedua-dua katod dan anod. Maka gunakan 3 faktor ini untuk menentukan ion-ion tersebut.

Selamat berjaya!