Saturday, March 14, 2020

Testimoni Hometuition | Review Keputusan SPM 2019


Khamis minggu lepas 5 Mac 2020, calon-calon SPM 2019 baru sahaja mendapat keputusan SPM mereka. Tahniah Cikgu ucapkan untuk semua para pelajar yang telah melalui SPM lalu dengan usaha terbaik masing-masing!

Untuk sesi 2019 lalu, Cikgu telah mengajar 6 calon SPM sehingga saat akhir mereka menempuh minggu peperiksaan, manakala baki 6 pelajar lagi adalah calon SPM yang mengambil slot tuisyen pendek bersama Cikgu sahaja, sama ada di awal tahun atau sehingga sebelum Percubaan sahaja. Ada faktor yang pelbagai seperti kekangan kewangan, masa dan jadual tuisyen yang bertindih dengan waktu kelas tambahan di sekolah.

Bagi subjek pula merangkumi Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Matematik dan Sains. Ada pelajar yang mengambil 1 subjek, 2 subjek dan paling maksima ialah 3 subjek.
Jadi, bagaimana prestasi pelajar-pelajar Cikgu agaknya?

Di sini, Cikgu kongsikan khabar keputusan SPM bagi 8 pelajar-pelajar Cikgu bagi sesi 2019 tersebut, mudahan jadi dorongan untuk bakal SPM 2020 pula ya untuk terus berusaha gigih.

Matematik Dari Gagal ke Gred D

Pelajar (1)


Pelajar ini mulai tuisyen bersama Cikgu pada sekitar bulan 4. Prestasinya di sekolah tidak berapa baik, selain kerap ponteng sekolah. Tapi beruntungnya beliau sebab ada ibu yang sangat mengambil berat. Bermula dengan tuisyen paksa, sehinggalah menjadi tuisyen rela haha!

Pelajar (2)


Bermula tuisyen kira-kira sebulan sebelum peperiksaan Percubaan SPM, iaitu sekitar bulan 9. Gred Matematik semasa Percubaan adalah Gagal iaitu 9% markah. Namun Alhamdulillah atas usaha yang berterusan, beliau berjaya dapat gred D untuk SPM.

Pelajar (3)



Subjek Matematik dan Sains kedua-duanya Gagal semasa Percubaan. Untuk SPM Matematik dapat Gred D, Alhamdulillah. Sedihnya, Sains masih Gagal. Cikgu agak terkilan jugalah, sebab tak dapat membantu sekurang-kurangnya untuk beliau Lulus. Buat pelajar, teruskan usaha untuk peringkat seterusnya ya, jangan berputus asa okay :-)

Dari Gred C ke A

Pelajar (4)



Sememangnya beliau pelajar yang bijak, sangat rajin berusaha dan betul-betul push to the limit menjelang SPM 2019 tempoh hari. Sejujurnya, Cikgu salute! Kejayaan ini bukanlah kerana Cikgu sangat, tapi tak lebih dari usaha beliau yang betul-betul serius. Tahniah yer, semoga terus cemerlang dalam apa jua pun bidang yang beliau pilih nanti!

Pelajar Aliran Sains

Pelajar (5)



Bersekolah di SMK Taman Tasik dan Cikgu akan mengajar Biologi dan Kimia sekali-sekala pada hujung minggu jika beliau tiada aktiviti lain di asrama. Pencapaian semasa SPM tidak A. Pelajar redha sahaja, Cikgu pula yang stres lebih, hahaha.

Pelajar (6)



Fizik tak pernah dapat sebaik B+ katanya, Alhamdulillah. Tapi Cikgu terkilan jugalah kerana tidak dapat membantu untuk mendapat A dalam semua subjek yang Cikgu ajar seperti Fizik, Kimia dan Biologi. Apa-apa pun, tahniah awak! Sambung belajar dan teruskan tekun berusaha ya.

Pelajar (7)



Seingat Cikgu, kelas bersama pelajar ini adalah 5 sesi iaitu semasa cuti sekolah bulan 9 sebelum peperiksaan Percubaan. Beliau belajar MRSM Gerik dan sememangnya pelajar bijak, Cuma sedikit kurang keyakinan dalam Add Maths dan subjek-subjek Sains seperti Fizik, Kimia dan Biologi. Syukur, beliau beritahu Cikgu yang Add Maths LULUS!

Pelajar (8)


Kelas bermula bulan April tapi berakhir bulan September kerana beliau semakin sibuk dengan kelas tambahan yang dianjurkan sekolah. Cikgu sempat membimbing beliau dalam subjek Fizik dan Kimia. Apa yang beliau dapat cuma cukup-cukup makan sahaja. Cikgu harap lepas ini boleh terus berusaha ya :-)

Sepatah Dua Kata

Buat semua lepasan SPM 2019, Cikgu doakan walau apa pun keputusan kamu semua, pastikan untuk terus berusaha menempa kejayaan di masa-masa akan datang okay. Pilihlah bidang yang bersesuaian dengan minat, melepasi kelayakan SPM dan just shine again!

No comments:

Post a Comment