Sunday, March 29, 2020

Kuliah Seringgit: Pelancaran Istimewa Untuk Calon SPM 2020 - subjek Kimia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Apa khabar, Cikgu harap dalam musim penularan Covid-19 ini, semua pastikan patuh arahan PKP okey.

Di sini Cikgu ingin war-warkan bahawa Cikgu ada menganjurkan Kuliah Seringgit bagi subjek Kimia khas untuk semua calon-calon SPM 2020.





Kita semua tahu, bermula 18 Mac lepas sehingga 14 April nanti, kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini bermaksud sesi persekolahan juga tergendala selama tempoh ini.

Kementerian Pendidikan mengambil langkah pantas dengan mengarahkan pelaksanaan kelas-kelas secara online, hanya dari rumah pelajar. Langkah ini amat tepat sekali supaya kesinambungan PdP terus berjalan.

Bagi pihak Cikgu pula, Cikgu rasa terpanggil untuk turut menyumbang usaha dalam meningkatkan kefahaman pelajar yang bakal menduduki SPM pada November nanti.

Oleh itu, projek Kuliah Seringgit ini dihasilkan, khas untuk semua calon!
===



Info Kuliah Seringgit


  • :cherry_blossom: Menggunakan aplikasi Telegram
  • :cherry_blossom: Nota dalam bentuk audio (rakaman suara) dan gambar
  • :cherry_bloss Nota boleh diulang dengar bila-bila masa
  • :cherry_blossom: Disertakan latihan untuk menguji kefahaman
  • :cherry_blossom: Bahan, kandungan dan pengisian akan ditambah baik dari masa ke masa
  • :cherry_blossom: Sebagai platform untuk berbincang kekeliruan berkaitan tajuk oleh sesama peserta
  • :cherry_blossom: Sesuai untuk digunakan sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan
  • :cherry_blossom: Dikenakan yuran RM1 sahaja untuk tempoh sepanjang tahun dari tarikh penyertaan pelajar
  • :cherry_blossom: Penyertaan tamat pada 31 Disember 2020 - peserta akan diminta keluar dari group.


Cara Menyertai Kuliah Seringgit

Ikuti langkah berikut:


1. Pindahkan RM1 (atau lebih mengikut bilangan kuliah yang ingin diikuti) ke dalam akaun berikut melalui perbankan internet. Masukkan nota pindahan duit sebagai "Kuliah Seringgit". 
Bagi pelajar, boleh minta bantuan ibubapa atau orang yang lebih dewasa untuk tujuan ini.


2. Hantar mesej ke WhatsApp Cikgu (klik sini untuk WhatsApp), dan nyatakan:


Nama:

No Telefon (yang berdaftar dengan aplikasi Telegram):

Tajuk Kuliah:

3. Cikgu akan berikan link untuk masuk ke group Telegram berkaitan.


4. Klik pada link, buka menggunakan aplikasi Telegram dan klik "Join".


5. Selesai!



Siri Kuliah Seringgit (KIMIA)


1. Kimia T4: Struktur Atom (RM1)


2. Kimia T4: Formula & Persamaan Kimia (RM1)

3. Kimia T4: Jadual Berkala Unsur (RM1)

4. Kimia T4: Sebatian Kimia (RM1)

5. Kimia T4: Elektrokimia (RM1)

6. Kimia T4: Asid dan Bes (RM1)

7. Kimia T4: Garam (RM1)

8. Kimia T4: Bahan Kimia dalam Industri (RM1)

9. Kimia T5: Kadar Tindakbalas (RM1)

10. Kimia T5: Sebatian Karbon (RM1)

11. Kimia T5: Pengoksidaan dan Penurunan (RM1)

12. Kimia T5: Termokimia (RM1)

13. Kimia T5: Bahan Kimia Untuk Pengguna (RM1)



Nota: Buat masa ini, hanya kuliah dengan tulisan berwarna biru sahaja yang boleh disertai. Lain-lain kuliah sedang dikemaskini dan akan sedia dalam sedikit masa lagi, insyaAllah.

===
Oleh itu, pada tarikh 30 Mac 2020 ini, Cikgu dengan sukacitanya merasmikan Kuliah Seringgit ini!

Sebar-sebarkan kepada semua calon yang mengambil subjek Kimia okey. Semoga ia memberi serba-sedikit manfaat kepada lebih ramai pelajar yang memerlukan 😊:wink:

Thursday, March 19, 2020

Sukatan Pelajaran Baru Kimia Tingkatan 4 2020

Pelajar Tingkatan 4 pada tahun 2020 ini adalah batch pertama yang akan menghadapi peperiksaan SPM dengan sukatan pelajaran yang baru.

Di sini, Cikgu ingin kongsikan perbezaan di antara sukatan pelajaran terbaru dengan yang lama bagi subjek Kimia.

Secara keseluruhan, sebenarnya tidaklah banyak perubahan sangat. Ada beberapa tajuk baru ditambah, ada juga tajuk lama yang diperincikan lagi skop nya.

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) 2020 yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia, sukatan pelajaran subjek Kimia yang baru ialah seperti berikut:

p/s: Sila klik gambar untuk view yang lebih jelas


Sedikit Ulasan


Untuk sukatan Tingkatan 4, tajuk Asid, Bes dan Garam telah disekalikan. Ini berbeza dengan sukatan lama di mana ia diasingkan kepada 2 tajuk berlainan. Selain itu, tajuk Kadar Tindakbalas yang dahulunya hanya diajar semasa Tingkatan 5 telah dibawa untuk sukatan Tingkatan 4.

Di bawah ialah isi kandungan buku teks Kimia Tingkatan 4 dengan sukatan baru ini.

p/s: Sila klik gambar untuk view yang lebih jelas

Bagi sukatan Tingkatan 5, tajuk Termokimia yang dahulunya diajar semasa Tingkatan 4 akan diajar pula semasa Tingkatan 5 batch 2021. Ada tambahan tajuk besar iaitu Polimer. Berkaitan Polimer sebenarnya ada disentuh sedikit dalam tajuk Bahan Buatan dalam Industri semasa sukatan lama. Jadi 
Cikgu jangka, tajuk ini nanti pasti akan mengupas lebih dalam tentang Polimer. Tajuk Pengoksidaan dan Penurunan pula ditukar nama kepada Keseimbangan Redoks.

Untuk format SPM 2021, Cikgu juga belum pasti sama ada masih sama formatnya dengan sekarang iaitu 3 Kertas semuanya. Apa-apa pun, Cikgu pasti semua info akan lebih jelas menjelang awal tahun 2021 nanti, insyaAllah.

Semoga info ini bermanfaat!

Saturday, March 14, 2020

Testimoni Hometuition | Review Keputusan SPM 2019


Khamis minggu lepas 5 Mac 2020, calon-calon SPM 2019 baru sahaja mendapat keputusan SPM mereka. Tahniah Cikgu ucapkan untuk semua para pelajar yang telah melalui SPM lalu dengan usaha terbaik masing-masing!

Untuk sesi 2019 lalu, Cikgu telah mengajar 6 calon SPM sehingga saat akhir mereka menempuh minggu peperiksaan, manakala baki 6 pelajar lagi adalah calon SPM yang mengambil slot tuisyen pendek bersama Cikgu sahaja, sama ada di awal tahun atau sehingga sebelum Percubaan sahaja. Ada faktor yang pelbagai seperti kekangan kewangan, masa dan jadual tuisyen yang bertindih dengan waktu kelas tambahan di sekolah.

Bagi subjek pula merangkumi Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Matematik dan Sains. Ada pelajar yang mengambil 1 subjek, 2 subjek dan paling maksima ialah 3 subjek.
Jadi, bagaimana prestasi pelajar-pelajar Cikgu agaknya?

Di sini, Cikgu kongsikan khabar keputusan SPM bagi 8 pelajar-pelajar Cikgu bagi sesi 2019 tersebut, mudahan jadi dorongan untuk bakal SPM 2020 pula ya untuk terus berusaha gigih.

Matematik Dari Gagal ke Gred D

Pelajar (1)


Pelajar ini mulai tuisyen bersama Cikgu pada sekitar bulan 4. Prestasinya di sekolah tidak berapa baik, selain kerap ponteng sekolah. Tapi beruntungnya beliau sebab ada ibu yang sangat mengambil berat. Bermula dengan tuisyen paksa, sehinggalah menjadi tuisyen rela haha!

Pelajar (2)


Bermula tuisyen kira-kira sebulan sebelum peperiksaan Percubaan SPM, iaitu sekitar bulan 9. Gred Matematik semasa Percubaan adalah Gagal iaitu 9% markah. Namun Alhamdulillah atas usaha yang berterusan, beliau berjaya dapat gred D untuk SPM.

Pelajar (3)



Subjek Matematik dan Sains kedua-duanya Gagal semasa Percubaan. Untuk SPM Matematik dapat Gred D, Alhamdulillah. Sedihnya, Sains masih Gagal. Cikgu agak terkilan jugalah, sebab tak dapat membantu sekurang-kurangnya untuk beliau Lulus. Buat pelajar, teruskan usaha untuk peringkat seterusnya ya, jangan berputus asa okay :-)

Dari Gred C ke A

Pelajar (4)



Sememangnya beliau pelajar yang bijak, sangat rajin berusaha dan betul-betul push to the limit menjelang SPM 2019 tempoh hari. Sejujurnya, Cikgu salute! Kejayaan ini bukanlah kerana Cikgu sangat, tapi tak lebih dari usaha beliau yang betul-betul serius. Tahniah yer, semoga terus cemerlang dalam apa jua pun bidang yang beliau pilih nanti!

Pelajar Aliran Sains

Pelajar (5)



Bersekolah di SMK Taman Tasik dan Cikgu akan mengajar Biologi dan Kimia sekali-sekala pada hujung minggu jika beliau tiada aktiviti lain di asrama. Pencapaian semasa SPM tidak A. Pelajar redha sahaja, Cikgu pula yang stres lebih, hahaha.

Pelajar (6)



Fizik tak pernah dapat sebaik B+ katanya, Alhamdulillah. Tapi Cikgu terkilan jugalah kerana tidak dapat membantu untuk mendapat A dalam semua subjek yang Cikgu ajar seperti Fizik, Kimia dan Biologi. Apa-apa pun, tahniah awak! Sambung belajar dan teruskan tekun berusaha ya.

Pelajar (7)



Seingat Cikgu, kelas bersama pelajar ini adalah 5 sesi iaitu semasa cuti sekolah bulan 9 sebelum peperiksaan Percubaan. Beliau belajar MRSM Gerik dan sememangnya pelajar bijak, Cuma sedikit kurang keyakinan dalam Add Maths dan subjek-subjek Sains seperti Fizik, Kimia dan Biologi. Syukur, beliau beritahu Cikgu yang Add Maths LULUS!

Pelajar (8)


Kelas bermula bulan April tapi berakhir bulan September kerana beliau semakin sibuk dengan kelas tambahan yang dianjurkan sekolah. Cikgu sempat membimbing beliau dalam subjek Fizik dan Kimia. Apa yang beliau dapat cuma cukup-cukup makan sahaja. Cikgu harap lepas ini boleh terus berusaha ya :-)

Sepatah Dua Kata

Buat semua lepasan SPM 2019, Cikgu doakan walau apa pun keputusan kamu semua, pastikan untuk terus berusaha menempa kejayaan di masa-masa akan datang okay. Pilihlah bidang yang bersesuaian dengan minat, melepasi kelayakan SPM dan just shine again!