Di sini, Cikgu ingin kongsikan perbezaan di antara sukatan
pelajaran terbaru dengan yang lama bagi subjek Kimia.
Secara keseluruhan, sebenarnya tidaklah banyak perubahan
sangat. Ada beberapa tajuk baru ditambah, ada juga tajuk lama yang diperincikan
lagi skop nya.
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
2020 yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia, sukatan pelajaran subjek
Kimia yang baru ialah seperti berikut:
Sedikit Ulasan
Untuk sukatan Tingkatan 4, tajuk Asid, Bes dan Garam telah
disekalikan. Ini berbeza dengan sukatan lama di mana ia diasingkan kepada 2
tajuk berlainan. Selain itu, tajuk Kadar Tindakbalas yang dahulunya hanya
diajar semasa Tingkatan 5 telah dibawa untuk sukatan Tingkatan 4.
Di bawah ialah isi kandungan buku teks Kimia Tingkatan 4
dengan sukatan baru ini.
Bagi sukatan Tingkatan 5, tajuk Termokimia yang dahulunya
diajar semasa Tingkatan 4 akan diajar pula semasa Tingkatan 5 batch 2021. Ada tambahan
tajuk besar iaitu Polimer. Berkaitan Polimer sebenarnya ada disentuh sedikit dalam
tajuk Bahan Buatan dalam Industri semasa sukatan lama. Jadi
Cikgu jangka, tajuk
ini nanti pasti akan mengupas lebih dalam tentang Polimer. Tajuk Pengoksidaan
dan Penurunan pula ditukar nama kepada Keseimbangan Redoks.
Untuk format SPM 2021, Cikgu juga belum pasti sama ada masih
sama formatnya dengan sekarang iaitu 3 Kertas semuanya. Apa-apa pun, Cikgu
pasti semua info akan lebih jelas menjelang awal tahun 2021 nanti, insyaAllah.
Semoga info ini bermanfaat!
Semoga info ini bermanfaat!
No comments:
Post a Comment