Semalam anak soleh chit chat Cikgu.
Tapi apa yang dia cakap ni, Cikgu pun susah nak hadam, hahaha...
Penangan PKP panjang barangkali 😅
=
Allahu..
Dugaan betul untuk anak-anak kita yang nak mengambil peperiksaan besar tahun ni macam SPM, STPM, STAM dan Sijil Vokasional kan?
Cikgu pun tak tahu nak ulas apa dalam hal ini sebenarnya..
Tapi percayalah, semua ini kan diizinkan Allah jua semata-mata?
Walau rasa susah, sedih, keliru dan sebagainya kena selalu beringat ia sedang menguji rukun iman ke-6 kita semua yaknipercaya kepada qada' dan qadar Allah.
Untuk anak-anak soleh solehah Cikgu yang bakal mengambil SPM, jangan berputus asa ya. Teruskan saja belajar dan mengulangkaji sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.
Sudah ada kelas online yang disusun pihak sekolah masing-masing kan? Kalau tiada kekangan, ikuti sajalah.
Kalau rasa masih kurang faham dek bukan P&P bersemuka, banyak-banyaklah bersabar. Besar pahala sabar anak-anak dalam menuntut ilmu, insyaAllah. Kekal fokus dan berusaha.
Kalau rasa perlukan tuisyen online, berbincanglah dengan ibubapa. Cikgu percaya selagi mana ibubapa mampu, mereka akan usahakan yang terbaik.
Untuk yang mahu tuisyen online dengan Cikgu pun boleh, mode secara one-to-one atau kumpulan kecil - mudah-mudahan lebih fokus dan faham.
Teruskan berusaha ya anak-anak semua 🤗
No comments:
Post a Comment