Adik-adik cuba genggamkan tangan macam penumbuk. Haa, begitulah saiz jantung kita. Yes, jantung di dalam badan kita yang berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan tu.
What? Kecil? Yes, memang agak kecil kan. Tapi Subhanallah Allah jadikan ia sangat powerful menjalankan tugasnya dalam badan setiap diri anak Adam. Banyak-banyak bersyukur guys! ;) Jantung ni kalau nak cerita memang seronok. Cuba adik-adik letakkan tangan di dada kiri masing-masing. Dapat rasa denyut nadi masing-masing tak? Ha di situ letaknya jantung.
Jantung kita mempunyai 4 ruang iaitu atrium kiri, atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan. Atrium kadangkala dipanggil juga sebagai aurikel. Tugas jantung ialah mengepam darah ke peparu dan seluruh anggota badan, kemudian balik semula ke jantung. Begitulah seterusnya berulang-ulang selagi mana seseorang itu hidup.
Jantung adalah organ yang termasuk dalam jaringan sistem pengangkutan dalam tubuh kita. Sistem pengangkutan ini sebenarnya membawa darah ke seluruh badan. Di dalam darah, ada pelbagai bahan iaitu nutrien (makanan yang dicerna), antibodi, sel pertahanan (darah putih), mineral dan oksigen serta karbon dioksida terlarut. Sistem pengangkutan tubuh termasuklah salur darah dan darah selain jantung. Secara ringkas, sistem pengangkutan berfungsi seperti berikut:
- Membawa nutrien dan oksigen kepada sel-sel badan
- Membawa bahan buangan metabolisme badan seperti karbon dioksida dan urea untuk disingkirkan dari tubuh
- Melindungi tubuh daripada jangkitan (oleh sel darah putih)
- Membawa bahan buangan metabolisme badan seperti karbon dioksida dan urea untuk disingkirkan dari tubuh
- Melindungi tubuh daripada jangkitan (oleh sel darah putih)
Mekanisme sistem pengangkutan mudah sahaja. Peredaran darah dipanggil juga peredaran ganda dua, kerana jantung mengepam darah dua laluan. Jantung akan mengepam darah ke peparu untuk mendapatkan bekalan oksigen dan dalam masa yang sama membebaskan karbon dioksida supaya disingkirkan melalui hembusan nafas. Darah dari peparu kembali ke jantung semula sebelum dipam sekali lagi ke seluruh anggota badan lainnya (selain peparu). Apabila segala keperluan sel telah dihantar ke sel sasaran, darah akan kembali semula ke jantung. Begitulah berulang-ulang dengan adanya jantung sebagai pengepam sebesar penumbuk sahaja tetapi amat berkuasa ini. Tanpa sistem pengangkutan, nutrien yang kita dapat daripada makanan tidak dapat sampai ke tempat sepatutnya diperlukan. Begitu juga hormon, oksigen, mineral dan sel darah putih tidak dapat sampai ke sel badan sasaran jika tiada sistem pengangkutan. Jika tiada semua bahan dalam darah ini, maka sel-sel badan akan mati kerana tidak mendapat makanan. Proses-proses badan terhenti kerana tiada hormon perangsang. Makanan yang kita makan pula tidak menjadi tenaga akibat tiada oksigen. Badan tidak dapat melawan bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit kerana tiada agen pertahanan iaitu sel darah putih.
Jadi, bolehkah adik-adik bayangkan apa akan terjadi jika berlaku kegagalan jantung? Kegagalan jantung bermaksud jantung tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan akibat tersumbat, jantung lemah atau berlubang. Penyakit-penyakit berkaitan jantung dipanggil sebagai penyakit kardiovaskular, contohnya seperti sakit jantung, lemah jantung dan arterosklerosis (salur darah tersumbat).
So, mari bersama menjaga kesihatan jantung kita ;) Kurangkan makanan berlemak supaya lemak tidak menyumbat salur darah. Banyakkan bersenam supaya otot jantung menjadi kuat dan peredarah darah menjadi lancar. Jangan makan banyak makanan masin supaya tekanan darah tidak tinggi, jika tinggi bermakna jantung perlu mengepam darah lebih kuat. Sayangi jantung anda :)
No comments:
Post a Comment