Cikgu Jaja nak kongsikan format UPSR buat adik-adik. Semoga adik-adik dan ibubapa lebih jelas tentang formatnya dan dapat menguasai setiap aspek soalan ya ;)
Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta, Kalau tak kenal format peperiksaan pula, macam mana yer nak skor? Kan?
Mari menghayati erti menuntut ilmu. Kerana dengan ilmu, kehidupan lebih terpandu arahnya.
Thursday, March 9, 2017
Sunday, January 29, 2017
Kaitan Peredaran Darah dan Sistem Limfa
Sistem Peredaran Darah Manusia Ganda Dua |
Untuk sistem peredaran darah, sudah jelas yang ia terdiri daripada beberapa organ iaitu jantung, salur darah dan darah.
3 Jenis Salur Darah |
Darah pula ada 4 komponen iaitu sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma.
Jantung akan mengepam darah dari bahagian kanan jantung ke peparu untuk mendapatkan bekalan oksigen (melalui Sistem Respirasi, menarik dan menghembus nafas) dan menyingkirkan karbon dioksida. Kemudian, darah yang kaya oksigen ini (beroksigen) di bawa semula balik ke jantung sebelah kiri. dipam pula ke seluruh anggota badan bagi memenuhi pelbagai keperluan sel seperti oksigen, nutrien, hormon, antibodi dan lain-lain melalui aorta dan bersambung pula dengan arteri lainnya yang pelbagai nama. Bahan-bahan keperluan sel akan keluar dari kapilari darah ke dalam cecair interstis iaitu cecair yang terdapat antara sel badan dan kapilari darah. daripada cecair interstis, barulah bahan-bahan ini menyerap ke dalam sel-sel badan. Bahan kumuh daripada sel pula seperti urea dan karbon dioksida dipindahkan ke dalam kapilai darah melalui cecair interstis.
Semasa proses pertukaran bahan keperluan sel dan bahan kumuh ini, plasma dalam salur kapilari akan keluar merentasi dinding kapilari. Platlet, sel darah merah dan sel darah putih pula tidak dapat merentasi dinding kapilari. Plasma membawa nutrien, vitamin, mineral, antibodi dan enzim. Plasma keluar dan memenuhi ruang di antara sel dan kapilari. Pada tahap ini, ia dinamakan cecair interstis. Selepas pertukaran bahan, cecair ini akan masuk semula ke dalam kapilari yang berdekatan dengan salur vena. Penyerapan semula ini penting supaya darah dapat mengalir dengan normal kerana plasma adalah cecair yang menggerakkan aliran darah dalam salurnya. Namun, tidak semua cecair dapat diserap semula ke dalam kapilari.
Kedudukan Salur Limfa |
Sudahkah adik-adik jelas? ;)
Wednesday, January 18, 2017
Congak: Menambah dan Menolak Integer
Cikgu selalu perhatikan ramai pelajar kita yang teragak-agak
bila bertemu soalan yang melibatkan integer (nombor positif dan negatif). Dalam
banyak keadaan, lebih mudah menggunakan kalkulator saja bukan. Tapi apa yang
Cikgu hendak kongsikan kali ini ialah menyelesaikan operasi tambah dan tolak
integer tanpa kalkulator, bahasa mudahnya congak.
Perhatikan beberapa contoh soalan ini:
1) -6 + (+8) =
2) -2 + 6 =
Baiklah, jom bermula ya. Jika kita jumpa soalan 1 dan 2
seperti di atas, perhatikan ia melibatkan satu nombor positif dan satu nombor
negatif. Dalam soalan 1, -6 ialah nombor negative manakala +8 ialah nombor
positif. Bagi nombor 2, -2 ialah nombor negatif manakala 6 ialah nombor
positif.
Cara congak melibatkan integer +/-
Langkah-langkah:
- Selesaikan sebarang pertemuan operasi
- Digit yang besar tolakkan dengan digit kecil. Congak semasa langkah ini
- Jawapan akhir diletakkan simbol + atau – di depannya mengikut simbol pada digit yang besar tadi.
Penyelesaian Soalan 1Langkah 1: -6 + (+8) menjadi -6 + 8
Langkah 2: 8 – 6 = 2
Langkah 3: Jawapan ialah +2 (sombol mengikut digit yang besar iaitu 8)
Penyelesaian Soalan 2Langkah 1: -2 + 6
Langkah 2: 6 – 2 = 4
Langkah 3: +4
Sekarang perhatikan pula jika kita berjumpa soalan seperti
ini:
3) -1 + (-3)
4) +3 - (-8)
Apabila kita menyelesaikan pertemuan operasi, soalan 3 dan 4
menjadi seperti berikut:
3) -1 – 3
4) +3 + 8
Dalam kes ini, kedua-dua nombor mempunyai simbol yang sama.
Contohnya dalam soalan 3, kedua-dua digit 1 dan 3 ialah integer negatif dan
dalam soalan 4, 3 dan 8 kedua-duanya ialah integer positif.
Cara congak melibatkan -/- dan +/+
Langkah-langkah:
- Tambahkan kedua-dua digit
- Jawapan akhir diletakkan simbol + atau – di depannya mengikut simbol kedua-dua digit dari soalan
Penyelesaian Soalan 3
-1 – 3 =
Langkah 1: 1 + 3 = 4
Langkah 2: -4
Penyelesaian Soalan 4 +3 + 8 =
Langkah 1: 3 + 8 = 11
Langkah 2: +11
Adik-adik cuba praktikkan 2 kaedah ini ya. Penggunaan
kalkulator memang bagus tetapi boleh melambatkan pengiraan adik-adik. Kemahiran
congak amat baik supaya adik-adik lebih cekap mengira. Diharap perkongsian
Cikgu kali ini bermanfaat hendaknya ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)