Beberapa hari lepas, cikgu berkesempatan untuk berkayuh itik
di Taman Tasik Taiping. Siapa yang pernah berkayuh itik tu mesti dapat
bayangkan yang kita perlu mengayuh pedal untuk menggerakkan itik, betul kan?
Tetapi kali ini, cikgu nak ceritakan bagaimana itik tu boleh
terapung di permukaan air? Dan menampung berat kami berdua ni?
Yes, kali ini nak menyentuh sedikit tentang suatu prinsip
fizik yang dipanggil prinsip Archimedes. Bunyi macam familiar tak? Ya, ia ada
dalam Bab 3 Tingkatan 4 bertajuk Daya dan Tekanan.
Prinsip Archimedes
“Apabila suatu objek tenggelam dengan lengkap atau separuh
di dalam suatu cecair, ia sebenarnya ditindakkan oleh suatu daya apungan yang
sama dengan berat cecair yang tersesar
Prinsip Archimedes ni sebenarnya ia mengenalkan kepada kita
tentang satu daya ke atas yang bertindak terhadap apa-apa objek pun yang
terapung di permukaan cecair.
Sama macam kes itik yang sikgu naiki tu boleh terapung di
permukaan air tasik ialah kerana adanya daya ke atas ini. Daya ini dipanggil
daya apungan. Well, dari mana dapatnya daya apungan ni?
Sedangkan kalau kita
letak satu jarum peniti pun dalam air ia akan tenggelam. Itik yang besar dan
berat tu dapat pula terapung di permukaan air? Jom find out!
Asal-usul Daya Apungan
Daya apungan asalnya adalah dari perbezaan antara daya yang
bertindak pada bahagian atas dan bawah sesuatu objek yang terapung tu.
Andaikata daya arah ke atas objek (biasanya tekanan air, disebabkan factor
kedalaman) adalah lebih besar daripada daya yang bertindak ke bawah, maka akan
ada daya apungan sekaligus objek akan terapung.
Daya Apungan = Berat
Cecair yang Disesarkan oleh Objek
Itik Terapung? Keapungan
Satu soalan. Apa yang menyebabkan suatu objek boleh
terapung?
Jisim yang ringan?
Mungkin ada yang keliru kan. Tapi kalau adik-adik mengangguk
pada 2 jawapan di atas, sebenarnya tidak benar. Fikirkan sekali lagi yang kapal
besar di lautan juga terapung kan sedangkan jisimnya berat dan saiznya juga
besar! Jadi apa jawapannya?
Ketumpatan.
Ketumpatan yang memainkan peranan bila sesuatu objek itu
boleh terapung di atas air / cecair atau tidak!
Prinsip mudah,
Objek akan tenggelam dalam air bila ketumpatannya lebih
tinggi dari ketumpatan air.
Objek akan timbul dan terapung di dalam air bila
ketumpatannya lebih rendah berbanding
ketumpatan air.
Berbalik kepada kes itik terapung, apa yang boleh
dimanipulasi ialah ketumpatan itik. Ketumpatan air tasik tak boleh nak adjust
kan,hihi.
Bentuk itik sebenarnya sudah direka supaya mempunyai
ketumpatan yang rendah berbanding air, dengan mengambil kira jisim penumpang.
Ingat semula yang rumus ketumpatan ialah jisim per isipadu.
2 cara untuk mengurangkan jisim itik ialah:
- Kurangkan jisim
- Tingkatkan isipadu
Dalam kes ini, isipadu yang dimanipulasi dengan cara mereka
itik dengan ruang yang terbuka dengan udara dan menjadikan ia lebar, selain
material plastik yang ringan tetapi tahan lasak dan kalis air.
Makanya dapatlah
ketumpatan itik diminimakan supaya ia boleh terapung di permukaan tasik. ;)
Boleh faham ya?
No comments:
Post a Comment