Baru-baru ini, keputusan Percubaan Kimia beberapa pelajar
Cikgu sudah keluar. Ada gred yang meningkat, tapi ada juga yang menurun. Bila
Cikgu kaji semula kertas mereka, rupa-rupanya kekurangan ialah pada Kertas 2
Bahagian B dan C iaitu Esei.
Eh susah ya nak skor Bahagian ini?
Ada yang dapat 4/20, ada pula yang dapat 3/20. Aduh, susah
nampaknya tu.
Oleh itu, kali ini Cikgu rasa nak berkongsi sedikit tips
untuk skor Bahagian ini.
Format Kertas 2 Kimia SPM
Kertas 2 Kimia membawa sejumlah 100 markah. Ada 3 bahagian
iaitu Bahagian A, B dan C.
Bahagian A berupa soalan struktur manakala bahagian
B dan C perlu jawab 1 daripada 2 soalan esei pilihan masing-masing. Soalan esei
semestinya memerlukan jawapan yang lebih panjang dan tepat kena dengan tema
soalan tersebut.
- Bahagian A: 60 markah (6 soalan)
- Bahagian B: 20 markah (1 soalan)
- Bahagian C: 20 markah (1 soalan)
Tips Menjawab Kimia Kertas 2 Esei
Pertama sekali, adik-adik perlu memilih soalan dahulu. Di
sini, pemilihan soalan pun ada trik juga.
Katakan Bahagian B keluar 2 soalan, 1 daripada tajuk
Sebatian Karbon dan 1 lagi daripada tajuk Redoks. Adik-adik pilih yang mana?
Tajuk Senang vs Soalan Senang
Kadang tu memang ada tajuk yang kita rasa senang. Contohnya
kita rasa soalan Sebatian Karbon lebih senang dari tajuk Redoks. Tapi sebelum
pilih mana-mana soalan, Cikgu bagi cadangan adik-adik go through baca dulu
kedua-dua soalan sampai habis. Semasa baca tu, pastikan ada rangka jawapan
dalam kepala. Maksudnya dah boleh agak mana soalan yang boleh jawab dan mana
yang tidak.
Lepas baca, step ke-2 ialah baru pilih yang paling tepat.
Masa step ini jangan cenderung pada mana-mana tajuk dahulu,
tapi mesti buat pertimbangan
berdasarkan senarai soalan dalam setiap pilihan
tadi.
Pilih yang mana paling banyak boleh jawab.
Pilih yang mana mudah nak ‘goreng’ jawapan.
Bukan pilih tajuk kesukaan.
Bukan pilih sebab kita rasa tajuk tu senang.
Boleh?
Ingat, apa yang penting ialah adik-adik perlu reserve
sebanyak mungkin markah. Jadi tak kisah
kalau tajuk apa pun, tapi mesti yang paling banyak markah adik-adik boleh
dapat.
So, mesti memilih dengan bijak okay?
Fokus atau Buat Semua?
Cikgu tahu mungkin ada antara adik-adik yang akan jawab
kedua-dua soalan pilihan dengan harapan pemeriksa kertas akan pilih soalan yang
paling banyak dapat markah nanti.
Ini tak salah. Salah satu strategi yang bagus juga tu.
Tapi Cikgu suka galakkan begini, fokus untuk pilih satu
soalan, jawab sehabis baik dan gunakan masa lebih untuk semak jawapan adik-adik
adakah ia bertepatan dengan kehendak soalan. Baiki apa-apa jawapan yang
dirasakan tidak tepat. Setuju?
In short, lebih baik fokus.
Nak tackle jawab semua soalan boleh, tapi Cikgu takut adik-adik
sambil lewa pula masa menjawab tu. Jadi lebih baik kalau dapat fokus dan jawab
elok-elok okay.
Selamat mempraktik! Kalau tips Cikgu ni bermanfaat, jangan
lupa share dengan kawan-kawan ya!
No comments:
Post a Comment