Sunday, January 19, 2020

Cara Mudah Ingat Ciri-ciri Imej bagi Kanta Cembung

Belajar Fizik bab Cahaya Tingkatan 4 memang sedikit memeningkan, betul tak adik-adik?

Dalam bab tersebut ada satu bahagian tentang kanta cembung dan cekung iaitu di bawah subtopik Pembiasan Cahaya.

Di bawah tajuk Pantulan Cahaya pula kita belajar tentang cermin cekung dan cembung.

Bagi kanta cembung, ianya menghasilkan imej yang berbeza-beza mengikut kedudukan objek. Jadi susah nak mengingatnya bila hampir peperiksaan SPM, betul?




Bukan senang nak mengingat ciri-ciri imej yang terbentuk nie ha..

Jadi di sini, Cikgu mahu kongsikan suatu rumus supaya adik-adik senang mengingat ciri-ciri imej tersebut. Manfaatkan dan kongsi dengan kawan-kawan okay.


Rajah Mudah Ingat Ciri-ciri Imej Kanta Cembung

Nah.

Gunakan rajah di bawah ini sebagai panduan mudah mengingat.



Berikut ialah maksud-maksud simbol dalam rajah tersebut.

=====================

SN | MT

S: Songsang
N: Nyata
M: Maya
T: Tegak


Kita boleh anggap ini sebagai Sains (SN) dan Maths (MT) okay.

Bahagian ini bermaksud bahagian sebelah kiri ialah imej yang terbentuk bersifat SONGSANG dan NYATA. Maka, bahagian sebelah kanan pula bermaksud imej yang terbentuk ialah MAYA dan TEGAK.

====================

K S B I B
(Kami Suka Belajar Ilmu Baru)

K: Kecil
S: Sama
B: Besar
I: Infiniti / Tak Terhingga
B: Besar

Bahagian ini pula untuk mengingat saiz imej.

Kalau digabung bahagian SN | MT dan K S B I B ini, semua ini telah cover ciri-ciri imej okay.

====================

Untuk seterusnya ialah hafal pula kedudukan objek.

Perhatikan 5 titik yang Cikgu tandakan (*)

Ada 5 tempat kesemuanya. Dan 5 tempat ini selari sahaja dengan kedudukan K S B I B. Tetapi di bawah I (Ilmu), tandakan tempat tersebut sebagai F, iaitu titik fokus bagi kanta/cermin. Selari di bawah S (Suka) pula, tandakan sebagai 2F, iaitu dua kali jarak titik fokus.

Sekarang, lihat titik pertama dari kiri ya, yang paling hampir dengan kanta cembung dalam rajah tu.

Titik 1 kedudukannya objek ialah kurang dari panjang fokus, F.

Titik 2 pula untuk objek yang kedudukannya pada titik fokus, F.

Titik 3 ialah kedudukan objek yang terletak antara F dan 2F.

Titik 4 bermaksud kedudukan objek jatuh pada 2F.


Terakhir, titik 5 ialah kedudukan objek jaraknya berada melebihi 2 kali ganda panjang fokus.



Contoh Penggunaan Rajah


Bila sudah kenal semua label pada rajah, sekarang mari kita praktik pula cara gunakannya ya. Cikgu beri contoh pertama.

Katakan kita ada objek (rama-rama) yang kedudukannya seperti di bawah.


Perhatikan, pada kedudukan objek itu, ia berada

(a) di bahagian kiri rajah iaitu kawasan SN
(b) di bawah kawasan B


Dengan ini, ciri-ciri imej untuk objek tersebut ialah,

1) Songsang
2) Nyata
3) Besar / Dibesarkan


Dapat?


Lihat lagi contoh ke-2 ya. Katakan kedudukan objek (rama-rama) ialah seperti rajah di bawah.


Perhatikan, jika objek berada betul pada titik F, ia berada

(a) di bahagian kanan rajah iaitu kawasan MT
(b) di bawah kawasan I

Dengan ini, ciri-ciri imej untuk objek tersebut ialah,

1) Maya
2) Tegak
3) Infiniti

Jelas kan cara nak guna rajah ini? Selamat mencuba! Semoga adik-adik dapat menjawab soalan kanta ini dengan baik okay!

Oh ya, rajah ini boleh digunakan untuk cermin cekung juga tau! Ciri-ciri imej yang terbentuk oleh cermin cekung sebenarnya sama sahaja dengan kanta cembung. Jadinya, rajah yang sama boleh apply untuk jawab soalan cermin cekung okay.

Semoga bermanfaat ya, dan jangan lupa share dengan rakan-rakan!
:wink:

2 comments:

  1. Terima kasih cikgu..ilmu yang bermanfaat untuk saya

    ReplyDelete
  2. hi boleh bgi tau mcm mana untuk igt kanta cekung jgk ya. tq membantu

    ReplyDelete