Perkara paling penting bila mahu memahami bab Sel
Elektrolisis melibatkan elektrolit jenis larutan, ialah adik-adik mesti tahu
ion apa yang akan di nyahcas di elektrod katod dan anod. Sebenarnya perkara ini
tidak sukar.
Secara ringkas, ada 3 faktor yang perlu dilihat semasa kita
membuat analisa ion yang akan dinyahcas.
Bayangkan, dalam satu sel elektrolisis yang menggunakan
larutan elektrolit, akan ada 2 ion positif (kation) yang akan tertarik kepada
elektod katod dan ada 2 juga ion negatif (anion) yang akan tertarik kepada
elektrod anod.
Bagaimana kita menentukan satu ion yang dinyahcas di katod
dan anod tersebut?
3 Faktor Yang Mempengaruhi
3 faktor ini adalah rahsianya untuk mengetahui mana satu ion
yang terpilih di katod dan anod. Mari kita teliti satu persatu.
Faktor 1: Siri Elektrokimia (SEK)
Adik-adik tentu sudah tahu tentang siri elektrokimia yang perlu
kita hafal bukan? Ia seperti berikut:
Pada setiap sel elektrolisis, jika tiada faktor elektrod
aktif atau kepekatan elektrod yang tinggi digunakan, maka kia sentiasa akan
merujuk siri elektrokimia ini sebagai panduan.
Caranya ialah, ion yang berada lebih bawah dalam siri akan
terpilih untuk dinyahcas.
Contoh, kita ada sel elektrolisis seperti di bawah. Elektrod
karbon (lengai) digunakan dan kepekatan elektrolit juga rendah. Maka untuk
menentukan ion yang terpilih, kita akan menggunakan SEK.
Mula-mula, kenal pasti dahulu ion-ion yang akan tertarik
kepada katod (terminal negatif, -) dan kepada anod (terminal positif, +).
Katod: Cu2+ dan H+
Anod: SO42- dan OH-
Untuk katod, perhatikan ion Cu2+ dan ion H+ dalam SEK. Ion yang
manakah kedudukan berada lebih bawah dalam siri? Ya, ion Cu2+ maka ion tersebut
terpilih untuk dinyahcas di katod.
Untuk anod pula, perhatikan ion SO42- dan ion OH- dalam SEK. Ion
yang manakah kedudukan berada lebih bawah dalam siri? Ya, ion SO42- maka ion
tersebut terpilih untuk dinyahcas di anod.
Boleh faham?
Faktor 2: Jenis Elektrod
Jika dalam suatu sel elektrolisis, adik-adik dapati elektrod
yang digunakan adalah jenis elektrod aktif, iaitu selain karbon. Maka, faktor kedua ini
akan mempengaruhi nyahcas ion di katod dan anod.
Faktor ini sebenarnya lebih mudah.
Ingat sahaja rumus ini, anod akan mengion (kurus) dan katod
akan menyahcas (gemuk).
Secara ringkas, di anod tiada ion yang dinyahcas okay. Yang
berlaku ialah, elektrod tersebut yang mengion dan menyebabkan ia menjadi
terkakis (kurus).
Perhatikan contoh sel elektrolis ini, elektrod aktif jenis
Kuprum digunakan.
Apa yang berlaku di anod ialah logam KUPRUM akan mengion, tiada ion terpilih untuk dinyahcas.
Anod: Cu à
Cu2+ + 2e
Dan apa pula yang berlaku di katod?
Jawapannya, di katod ion logam yang sama akan terpilih untuk
dinyahcas. Persamaan seperti berikut,
Katod: Cu2+ + 2e àCu
Jelas?
Sekali lagi, ingat rumus bahawa anod akan mengion (kurus)
dan katod akan menyahcas (gemuk).
Faktor 3: Kepekatan Elektrolit Yang Tinggi
Untuk faktor yang ketiga ini, kadangkala soalan tak beritahu pun elektrolit yang digunakan adalah dalam kepekatan tinggi. Jadi kalau nak tahu, perhatikan sahaja kemolaran elektrolit yang diberitahu - jika ia sama atau melebihi 1.0 mol dm³, maka ia dikira berkepekatan tinggi. Faktor ini akan mempengaruhi pemilihan ion di katod dan anod.Bagaimana?
Ingat kata kunci ini, ion dengan kepekatan tinggi akan terpilih untuk dinyahcas walaupun ia berada lebih atas dalam Siri Elektrokimia (SEK).
Namun, ada pengecualian. Faktor ini hanya terpakai jika kedudukan ion berkepekatan tinggi tersebut dalam SEK tidak terlalu jauh dengan ion lawannya.
Perhatikan contoh ini,
Dalam siri ini, larutan PLUNBUM (II) SULFAT pekat digunakan.
Semua ion yang wujud di dalam elektrolit ialah: Pb2+, H+, SO42- dan OH-
Ion yang berkepekatan tinggi di sini ialah ion Pb2+ dan ion SO42-
Secara mudah, ion Pb2+ akan terpilih untuk dinyahcas di katod. Manakala ion SO42- akan terpilih untuk dinyahcas di anod.
Tapi.
Sebelum kita jump to conclusion, mari kita semak kedudukan ion berkepekatan tinggi ini dengan ion lawannya dalam SEK terlebih dahulu:
Ion SO42- vs ion OH- (Anod)
dan
Ion Pb2+ vs ion H+ (Katod)
Perhatikan di anod, ion berkepekatan tinggi SO42- berada di atas, tetapi jaraknya terlalu jauh dengan lawannya, ion OH- maka faktor kepekatan akan terbatal. Ion yang terpilih untuk dinyahcas di sini ialah ion OH-
Di katod pula, ion berkepekatan tinggi Pb2+ walaupun berada di atas dalam SEK, tetapi jaraknya tidak jauh dengan ion lawannya, H+ maka ia (Pb2+) akan terpilih untuk dinyahcas.
Kesimpulan
Dalam soalan melibatkan sel elektrolisis biasanya ia akan terus tanya apakah hasil di katod dan anod.Jadi, adik-adik kena terus analisis sendiri ion apa yang akan terpilih untuk kedua-dua katod dan anod. Maka gunakan 3 faktor ini untuk menentukan ion-ion tersebut.
Selamat berjaya!