Pada suatu petang semasa salah satu kelas hometuition Cikgu
sedang berlangsung..
Tivya: Cikgu, kita habis kelas pukul berapa?
Cikgu: Sepatutnya pukul 7.15 tapi tadi Cikgu datang lambat
sikit, jadi kita habis 7.20 malam.
Tivya: Oh. Solat (maghrib) pukul berapa Cikgu?
Cikgu: Azan pukul 7.30 lebih kurang. Kenapa?
Tivya: Dari sini (rumah nenek saya) ke rumah Cikgu berapa
lama ambil masa?
Cikgu: Tak sampai setengah jam, mungkin dalam 20 minit je.
Kenapa ni?
Dia tak menjawab pertanyaan Cikgu, sebaliknya buat kira-kira
kecil di atas sekeping kertas. 7.20 ditambah dengan 30 minit, haha! Hasilnya
dapat 7.50
Tivya bertanya lagi.
Tivya: Cikgu, Cikgu sampai rumah sudah pukul 8. Boleh solat
lagi kah?
Cikgu: Oh boleh lagi, tapi sudah lewatlah. Tapi tak apa,
Cikgu biasa berhenti di masjid (Masjid Bagan Serai) saja nanti.
Tivya: Oh ya, ada masjid kan Cikgu. Selalu solat kat rumah
dan masjid kan Cikgu?
Cikgu: Oh tak semestinya. Kat mana-mana pun orang Islam
boleh solat.. (asalkan diri, pakaian dan tempat bebas najis), kat rumah nenek
kamu ni pun Cikgu boleh solat tau! Kat padang boleh, mana-mana sajalah orang
Islam pergi, boleh aja solat.
Tivya berkerut dahi.
Tivya: Oh macam mana sembahyang Cikgu? Tak ada Tuhan..
Cikgu tahan gelak.
Cikgu: Tuhan (Allah) tu ada di mana-mana.. bukan di masjid
atau di rumah orang Islam saja, jadi di mana-mana pun boleh solat.
Tivya: Oh.. Cikgu boleh sembahyang rumah nenek saya ni juga
ke?
Cikgu: Boleh.. Cikgu ada apps kiblat. Cikgu boleh tahu arah
mana kalau nak solat.
Sepintas Cikgu buka smartphone, dan tunjukkan dia Apps
Muslim Pro dan tekan button Qibla yang menunjukkan kompas dan arah Kaabah
(kiblat).
Cikgu: Jadi, kalau Cikgu mahu solat, Cikgu akan ikut arah
ini (kiblat) lah.
Muka Tivya masih pening-pening. Mungkin penerangan saya agak
asing di telinganya.
Dan lagi, mungkin kerana cuba memahami hakikat yang orang
Islam boleh solat di mana-mana pun, bukan terhad di rumah atau masjid sahaja
seperti tanggapannya sebelum ini, iaitu tempat lain Tuhan (Allah) tak ada. 😂😂
Tivya: Cikgu. Kalau Cikgu solat, pakai putih kan. Apa tu
orang panggil ya...?
Cikgu: Telekung ke?
Tivya: Haa telekung.
Cikgu: Boleh. Pakai telekung putih boleh, pakai macam ni
saja pun boleh.
Cikgu merujuk pada pakaian Cikgu. Hari itu Cikgu berbaju
kurung biru, bertudung biru keunguan – ringkas-ringkas sahaja.
Dia sedikit terkejut.
Tivya: Oh boleh ke Cikgu?
Cikgu: Boleh lah..
Tivya: Habis, kenapa mereka pakai telekung?
|
Tak pakai telekung pun boleh solat.. |
Cikgu: Oh, boleh juga. Yang penting perempuan kalau nak
solat, mesti tutup semua kecuali muka dan 2 tangan saja. Boleh pakai telekung,
boleh pakai macam cikgu juga ni untuk solat. Asalkan lengkap pakaiannya.
Cikgu selak kain sedikit menampakkan stokin kaki Cikgu.
Cikgu: Ha tengok ni, Cikgu pakai lengkap (tutup semua kecuali
muka dan 2 tangan) kan? Jadi, macam ni pun Cikgu dah boleh solat.
Tivya: Oh.. okay Cikgu.
Selesai soal-jawab seketika, kami sambung kembali pembelajaran
Matematik Tingkatan 2 yang tergendala tadi.
Banyak sungguh soalannya anak murid Cikgu seorang ini. Bukan
sesi kali ini sahaja, tapi setiap sesi pun ada soalannya haha..
Pernah sekali hari tu dia laungkan azan Allahuakbar kat
Cikgu, sebab dia kata sudah selalu dengar sampai boleh hafal. Iyalah, rumah mereka ni memang berdepan surau hihi
InsyaAllah, untuk setiap soalan Cikgu cuba jawab dengan ayat paling mudah untuk
faham ya. Jauh di sudut hati, Cikgu harap semua seluruh keluarganya bakal dapat
hidayah nanti untuk kembali kepada fitrah. Sama-sama kita doakan ya!
Doakan juga, Cikgu ada kekuatan untuk sampaikan pesan Nabi
kita tentang 2 kalimah syahadah kepada mereka-mereka ini ya, insyaAllah!