Di sini Cikgu ingin war-warkan bahawa Cikgu ada menganjurkan Kuliah Seringgit bagi subjek Kimia khas untuk semua calon-calon SPM 2020.
Kita semua tahu, bermula 18 Mac lepas sehingga 14 April nanti, kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini bermaksud sesi persekolahan juga tergendala selama tempoh ini.
Kementerian Pendidikan mengambil langkah pantas dengan mengarahkan pelaksanaan kelas-kelas secara online, hanya dari rumah pelajar. Langkah ini amat tepat sekali supaya kesinambungan PdP terus berjalan.
Bagi pihak Cikgu pula, Cikgu rasa terpanggil untuk turut menyumbang usaha dalam meningkatkan kefahaman pelajar yang bakal menduduki SPM pada November nanti.
Oleh itu, projek Kuliah Seringgit ini dihasilkan, khas untuk semua calon!
===
Info Kuliah Seringgit
- :cherry_blossom: Menggunakan aplikasi Telegram
- :cherry_blossom: Nota dalam bentuk audio (rakaman suara) dan gambar
- :cherry_bloss Nota boleh diulang dengar bila-bila masa
- :cherry_blossom: Disertakan latihan untuk menguji kefahaman
- :cherry_blossom: Bahan, kandungan dan pengisian akan ditambah baik dari masa ke masa
- :cherry_blossom: Sebagai platform untuk berbincang kekeliruan berkaitan tajuk oleh sesama peserta
- :cherry_blossom: Sesuai untuk digunakan sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan
- :cherry_blossom: Dikenakan yuran RM1 sahaja untuk tempoh sepanjang tahun dari tarikh penyertaan pelajar
- :cherry_blossom: Penyertaan tamat pada 31 Disember 2020 - peserta akan diminta keluar dari group.
Cara Menyertai Kuliah Seringgit
Ikuti langkah berikut:1. Pindahkan RM1 (atau lebih mengikut bilangan kuliah yang ingin diikuti) ke dalam akaun berikut melalui perbankan internet. Masukkan nota pindahan duit sebagai "Kuliah Seringgit".
Bagi pelajar, boleh minta bantuan ibubapa atau orang yang lebih dewasa untuk tujuan ini.
2. Hantar mesej ke WhatsApp Cikgu (klik sini untuk WhatsApp), dan nyatakan:
Nama:
No Telefon (yang berdaftar dengan aplikasi Telegram):
Tajuk Kuliah:
3. Cikgu akan berikan link untuk masuk ke group Telegram berkaitan.
4. Klik pada link, buka menggunakan aplikasi Telegram dan klik "Join".
5. Selesai!
Siri Kuliah Seringgit (KIMIA)
1. Kimia T4: Struktur Atom (RM1)
2. Kimia T4: Formula & Persamaan Kimia (RM1)
3. Kimia T4: Jadual Berkala Unsur (RM1)
4. Kimia T4: Sebatian Kimia (RM1)
5. Kimia T4: Elektrokimia (RM1)
6. Kimia T4: Asid dan Bes (RM1)
7. Kimia T4: Garam (RM1)
8. Kimia T4: Bahan Kimia dalam Industri (RM1)
9. Kimia T5: Kadar Tindakbalas (RM1)
10. Kimia T5: Sebatian Karbon (RM1)
11. Kimia T5: Pengoksidaan dan Penurunan (RM1)
12. Kimia T5: Termokimia (RM1)
13. Kimia T5: Bahan Kimia Untuk Pengguna (RM1)
Nota: Buat masa ini, hanya kuliah dengan tulisan berwarna biru sahaja yang boleh disertai. Lain-lain kuliah sedang dikemaskini dan akan sedia dalam sedikit masa lagi, insyaAllah.
===
Oleh itu, pada tarikh 30 Mac 2020 ini, Cikgu dengan sukacitanya merasmikan Kuliah Seringgit ini!
Sebar-sebarkan kepada semua calon yang mengambil subjek Kimia okey. Semoga ia memberi serba-sedikit manfaat kepada lebih ramai pelajar yang memerlukan 😊:wink: