Thursday, March 19, 2020

Sukatan Pelajaran Baru Kimia Tingkatan 4 2020

Pelajar Tingkatan 4 pada tahun 2020 ini adalah batch pertama yang akan menghadapi peperiksaan SPM dengan sukatan pelajaran yang baru.

Di sini, Cikgu ingin kongsikan perbezaan di antara sukatan pelajaran terbaru dengan yang lama bagi subjek Kimia.

Secara keseluruhan, sebenarnya tidaklah banyak perubahan sangat. Ada beberapa tajuk baru ditambah, ada juga tajuk lama yang diperincikan lagi skop nya.

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) 2020 yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia, sukatan pelajaran subjek Kimia yang baru ialah seperti berikut:

p/s: Sila klik gambar untuk view yang lebih jelas


Sedikit Ulasan


Untuk sukatan Tingkatan 4, tajuk Asid, Bes dan Garam telah disekalikan. Ini berbeza dengan sukatan lama di mana ia diasingkan kepada 2 tajuk berlainan. Selain itu, tajuk Kadar Tindakbalas yang dahulunya hanya diajar semasa Tingkatan 5 telah dibawa untuk sukatan Tingkatan 4.

Di bawah ialah isi kandungan buku teks Kimia Tingkatan 4 dengan sukatan baru ini.

p/s: Sila klik gambar untuk view yang lebih jelas

Bagi sukatan Tingkatan 5, tajuk Termokimia yang dahulunya diajar semasa Tingkatan 4 akan diajar pula semasa Tingkatan 5 batch 2021. Ada tambahan tajuk besar iaitu Polimer. Berkaitan Polimer sebenarnya ada disentuh sedikit dalam tajuk Bahan Buatan dalam Industri semasa sukatan lama. Jadi 
Cikgu jangka, tajuk ini nanti pasti akan mengupas lebih dalam tentang Polimer. Tajuk Pengoksidaan dan Penurunan pula ditukar nama kepada Keseimbangan Redoks.

Untuk format SPM 2021, Cikgu juga belum pasti sama ada masih sama formatnya dengan sekarang iaitu 3 Kertas semuanya. Apa-apa pun, Cikgu pasti semua info akan lebih jelas menjelang awal tahun 2021 nanti, insyaAllah.

Semoga info ini bermanfaat!

No comments:

Post a Comment