Sunday, September 15, 2019

Tips Menjawab Kimia SPM | Kertas 2 Esei Bahagian B dan C


Baru-baru ini, keputusan Percubaan Kimia beberapa pelajar Cikgu sudah keluar. Ada gred yang meningkat, tapi ada juga yang menurun. Bila Cikgu kaji semula kertas mereka, rupa-rupanya kekurangan ialah pada Kertas 2 Bahagian B dan C iaitu Esei.

Eh susah ya nak skor Bahagian ini?

Ada yang dapat 4/20, ada pula yang dapat 3/20. Aduh, susah nampaknya tu.
Oleh itu, kali ini Cikgu rasa nak berkongsi sedikit tips untuk skor Bahagian ini.

Format Kertas 2 Kimia SPM


Kertas 2 Kimia membawa sejumlah 100 markah. Ada 3 bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. 

Bahagian A berupa soalan struktur manakala bahagian B dan C perlu jawab 1 daripada 2 soalan esei pilihan masing-masing. Soalan esei semestinya memerlukan jawapan yang lebih panjang dan tepat kena dengan tema soalan tersebut.

  • Bahagian A: 60 markah (6 soalan)
  • Bahagian B: 20 markah (1 soalan)
  • Bahagian C: 20 markah (1 soalan)


Tips Menjawab Kimia Kertas 2 Esei



Pertama sekali, adik-adik perlu memilih soalan dahulu. Di sini, pemilihan soalan pun ada trik juga.
Katakan Bahagian B keluar 2 soalan, 1 daripada tajuk Sebatian Karbon dan 1 lagi daripada tajuk Redoks. Adik-adik pilih yang mana?

Tajuk Senang vs Soalan Senang


Kadang tu memang ada tajuk yang kita rasa senang. Contohnya kita rasa soalan Sebatian Karbon lebih senang dari tajuk Redoks. Tapi sebelum pilih mana-mana soalan, Cikgu bagi cadangan adik-adik go through baca dulu kedua-dua soalan sampai habis. Semasa baca tu, pastikan ada rangka jawapan dalam kepala. Maksudnya dah boleh agak mana soalan yang boleh jawab dan mana yang tidak.

Lepas baca, step ke-2 ialah baru pilih yang paling tepat.

Masa step ini jangan cenderung pada mana-mana tajuk dahulu, tapi mesti buat pertimbangan 
berdasarkan senarai soalan dalam setiap pilihan tadi.

Pilih yang mana paling banyak boleh jawab.
Pilih yang mana mudah nak ‘goreng’ jawapan.

Bukan pilih tajuk kesukaan.
Bukan pilih sebab kita rasa tajuk tu senang.

Boleh?

Ingat, apa yang penting ialah adik-adik perlu reserve sebanyak mungkin markah.  Jadi tak kisah kalau tajuk apa pun, tapi mesti yang paling banyak markah adik-adik boleh dapat.

So, mesti memilih dengan bijak okay?

Fokus atau Buat Semua?


Cikgu tahu mungkin ada antara adik-adik yang akan jawab kedua-dua soalan pilihan dengan harapan pemeriksa kertas akan pilih soalan yang paling banyak dapat markah nanti.

Ini tak salah. Salah satu strategi yang bagus juga tu.

Tapi Cikgu suka galakkan begini, fokus untuk pilih satu soalan, jawab sehabis baik dan gunakan masa lebih untuk semak jawapan adik-adik adakah ia bertepatan dengan kehendak soalan. Baiki apa-apa jawapan yang dirasakan tidak tepat. Setuju?

In short, lebih baik fokus.

Nak tackle jawab semua soalan boleh, tapi Cikgu takut adik-adik sambil lewa pula masa menjawab tu. Jadi lebih baik kalau dapat fokus dan jawab elok-elok okay.

Selamat mempraktik! Kalau tips Cikgu ni bermanfaat, jangan lupa share dengan kawan-kawan ya!

Saturday, August 24, 2019

Stress Belajar dan Risau Pasal Akademik? Ini 2 Tips Mudah

Tengah-tengah malam nak tidur, Cikgu terima 'surat cinta' dari pelajar ini 🤭


Subhanallah.. Cikgu terharu juga.

Kalau nak diikutkan, baru 4 hari kami berkenalan. Kalau ikut jam, belum sampai pun 24 jam. Tapi keserasian insyaAllah ada dan sejujurnya Cikgu cakap, pelajar ini seorang yang kuat berusaha, rajin malah tinggi budi bahasa.

Dalam tempoh 4 hari itulah kami berbincang mana-mana bahagian yang belum beliau faham dari 4 subjek iaitu Fizik, Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan.

Beliau adalah pelajar asrama. Belajar di MRSM Gerik. Jadi, cuti sekolah adalah satu-satunya masa untuk tempah slot tutor dengan Cikgu.

Pembelajaran berjalan baik, cuma biasalah pelajar akan risau sama ada boleh buat atau tidak dalam peperiksaan nanti. Maka, samalah keadaannya dengan pelajar saya seorang ini. Risaunya bukan main. Faktor utama ialah beliau memang tak dapat perform dengan terbaik dalam peperiksaan yang lepas.

Beliau minta tips.

Bagi Cikgu, tips nya simple sahaja.

Usaha.

Hahaha.

Okay, serius ya. Memang pin tak ada jalan singkat yang lain. Kena usaha dik kalau nak berjaya.

Tapi kemudian, Cikgu tambah tips kedua yang maha penting juga.

Minta.

Minta pada siapa? Nak minta apa?

Mintalah pada Allah. Minta berapa A yang adik target untuk peperiksaan tu.

2 tips simple kan? Tapi sangat penting ya.

Tips pertama tu semua orang dah tahu. Kalau tak usaha macam mana nak berjaya kan? Padahal Allah sendiri tegur bahawa nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Ha jelas?

Cuma bab usaha ni, ada pelbagai teknik dan kaedah. Nasihat Cikgu, pilihlah kaedah belajar yang paling efektif untuk diri ya.

Ada pelajar yang boleh ulangkaji sambil dengar lagu. Tapi ada yang tidak.

Ada pelajar yang selesa ulangkaji sendiri, tapi ada juga pelajar yang perlu rakan-rakan untuk ulangkaji bersama.

Terpulanglah. Janji ikut mode yang paling optimum dan berkesan untuk masing-masing absorb ilmu tu ye.

Tips kedua tu minta. Ini tanda orang beriman tau. Walau kita sudah usaha sekuat mana pun, kita kena percaya yang segala perbendaharaan langit dan bumi tu di 'tangan' Allah.

Ada satu perkara yang kita kena pegang. Iaitu, kalau Allah takdirkan memang sesuatu tu memang rezeki kita maka datanglah rintangan apa pun, ia tetap jadi milik kita. Percaya okay?

Eh, tapi mesti kena usaha sungguh2 lah sebelum tu okay? Haha, konsep tawakal kena betul okay..

Bila dah usaha sehabis daya, kemudian jangan lupa minta pada Dia yang baik-baik. Buatlah solat hajat, baca Yassin untuk diri sendiri dan banyak-banyak berdoa ya. Insya-Allah, Allah akan beri yang terbaik untuk adik-adik nanti 😘😉